Tuesday 9 July 2013

Penduduk minta MPK hapus burung gagak

Saudara Pengarang,

Kami penduduk Taman Sri Andalas, Klang mengalami gangguan burung gagak yang kini semakin banyak.

Burung-burung ini menakutkan penduduk, terutamanya kanak-kanak. Burung-burung ini mengekori, pernah mematuk mereka dan ada kalanya terbang menjunam seolah-olah ingin mencakar mereka.

Anak saya pernah mengadu bahawa dia dan beberapa orang rakannya hampir-hampir dicederakan oleh beberapa ekor burung gagak yang menyerang ketika mereka sedang bermain pada waktu petang.

Operasi menembak gagak pernah dijalankan di kawasan perumahan ini suatu masa dulu, tetapi ancaman burung-burung itu hanya reda seketika.

Demi keselamatan penduduk, saya merayu Majlis Perbandaran Klang (MPK) agar menghapuskan burung-burung gagak ini dengan menembak atau menggunakan kaedah-kaedah lain yang berkesan.

- N.T. Crow, Taman Sri Andalas, Klang.

Arkib Utusan Malaysia : 26/04/2002

No comments:

Post a Comment