Friday 29 November 2013

Had laju dikuatkuasakan oleh pesawat

Had laju dikuatkuasakan oleh pesawat (Speed Limit Enforced By Aircraft).

Betulkah atau hanya satu gurauan!

Dikatakan bahawa, papan tanda tersebut boleh dilihat bila anda melalui lebuhraya I-95 melalui Virginia. Kalau betul, adakah anda berani melanggar peraturan jalanraya di situ?


Gambar dari internet.
Gurauan tersebut telah dikeluarkan secara video berikut:


Tuesday 26 November 2013

Hotel untuk berbulan madu yang dibina di dalam laut

The Manta Resort, hotel untuk 'honeymoon' yang dibina di dalam laut.

The Manta Resort di Zanzibar adalah sebuah hotel kecil dengan hanya 4 bilik.

Tetapi yang menariknya, adalah hotel ini berada di dalam laut.

Ianya memang khas untuk berbulan madu, dengan harga RM4,500 untuk satu pasangan semalam.









Monday 18 November 2013

Baling bola basket pecahkan rekord lemparan terjauh dan masuk

Thunder Law bersedia melemparkan bola basket.
Seorang pemain bola basket Harlem Globetrotter, Corey 'Thunder' Law memecahkan rekord baru dengan melempar bola basket dari tepi lapangan dan masuk ke jaring. Mengatasi rekord terjauh yang pernah tercatat, dari 104 kaki 7 inci. Rekord baru 109 kaki 9 inci.

Rekord baru mengatasi rekord lama yang sudah tercatat hampir 3 tahun lalu. Lihat gambar di bawah, posisi Thunder Law seorang pemain basket melempar dari luar lapangan mengarah ke jaring keranjang di hujung lapangan.

Sumber : Harlemglobetrotters

Tuesday 12 November 2013

Jadi angkasawan itu tidak menyenangkan khususnya ketika kembali ke bumi dengan modul Soyuz

Keadaan yang sempit di dalam kapsul Soyuz.
Dari ESA merakam keadaan di dalam kapsul ruang angkasa Soyuz. Rakaman dibuat selama 20 minit sebagai gambaran bagi astronot ketika berlepas dari stesyen ISS untuk kembali ke bumi. Seperti apa agaknya di dalam, lebih teruk dari roolercoaster!.

Tempat pendaratan paling umum  kapsul berada di Kazakstan. Astronot melakukan persiapan dengan simulasi ketika memasuki orbit bumi. Termasuk keadaan kritikal bila terjadi sesuatu. Disebut menaiki roolercoaster untuk kembali ke bumi. Lepas
Pemandangan dari depan.
dari ISS, modul Soyuz memerlukan masa selama 4 jam untuk kembali ke bumi. ISS akan merubah posisi modul mengarah sejajar dan dilepas agar tidak berlanggaran.

Kapsul Soyuz berlepas dari stesyen ISS secara dorongan perlahan dan semakin menjauh, barulah roket kecil di Soyuz dinyalakan untuk turun perlahan.

Pemandangan dari atas.
Di mulai tahap paling berbahaya ketika memasuki orbit. Bila roket tidak tepat atau kurang kuat memberikan dorongan untuk memasuki orbit, kemungkinan modul Soyuz akan terpelanting kembali keluar graviti bumi. Bila terlalu banyak mendorong
ke arah bumi, modul Soyuz akan turun terlalu cepat dan akan terjadi geseran dengan ruang angkasa hingga boleh mencapai kepanasan melebihi 2,000 darjah Celsius.

Di ketinggian 140km modul mengorbit, peralatan dan modul utama terpisah. Rakaman simulasi video dimulai pada minit ke 10 di mana jendela diceritakan seperti api atau plasma yang membakar modul.

Kapsul Soyuz.
Gaya tarikan graviti bumi mencapai 4G di dalam modul, padahal ketinggiannya masih berada di 35km. Modul Soyuz mengunakan sistem pemandu otomatis. Bagaimana bila gagal bekerja, astronot dapat
mengambil alih untuk mengarahkan modul  mendarat. Masalahnya akan lebih buruk lagi, kerana astronot akan mendapatkan tekanan 9G bila melakukan pendaratan secara manual.

Soyuz - berlepas, bercantum di stesyen angkasa & mendarat.
Setelah modul mencapai ketinggian 10.5km, kecepatan modul semakin perlahan dari 28,000km sejam menjadi 800km sejam dan paracut dibuka. Paracut terbuka secara otomatis dan tidak boleh dibuka secara manual, bila terjadi sesuatu masih ada paracut
tambahan. Sebelum menyentuh tanah, roket dibawah kapsul akan menembakan roket untuk membuatnya melakukan 'soft landing'. Kata astronot bukan 'soft landing' tapi persiapan bagi astronot untuk mendapatkan goncangan terakhir.

Dari sana astronot tidak terus pulang, tapi harus dikuarantin setelah terlalu lama di ruang angkasa.

Sunday 10 November 2013

Keamanan, keharmonian dan keselamatan negara akan terus dipertahan - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, 11 Nov - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa keamanan, keharmonian dan keselamatan negara akan terus dipertahankan bagi menjamin masa depan rakyat dan negara.

Perdana menteri berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai pemimpin untuk memastikan rakyat daripada pelbagai etnik dan bangsa dapat menikmati semua peluang dan potensi negara pada masa depan.

"Ini adalah tanggungjawab saya untuk memastikan masa depan yang memberi sinaran kepada seluruh rakyat terjamin kerana Malaysia mempunyai potensi dan harapan besar yang sedang menanti kita semua," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Bicara Perdana Kongres Profesor Negara II di sini Ahad.

Najib berkata pemimpin terdahulu mempunyai wawasan dan komitmen untuk memastikan kemakmuran negara dinikmati semua rakyat tanpa mengenepikan mana-mana kaum atau komuniti.

"Prinsip ini telah membuktikan bahawa kepelbagaian kaum dan etnik bukan penghalang untuk kita hidup aman damai serta berkembang maju di bawah satu bumbung," katanya.

Najib berkata kepelbagaian dan kedamaian itu perlu dipertahan walaupun cuba dipecah-belahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ketika tragedi hitam 13 Mei 1969, ramai yang menyangka negara akan hancur dan tidak boleh pulih, tetapi kita pulih dengan cepat sekali...negara kita bertambah kukuh dan kuat daripada peristiwa itu," katanya.

Perdana menteri berkata itu adalah kerana pemimpin-pemimpin ketika tragedi itu mengamalkan perkongsian politik, dengan tidak membincangkan perkara sensitif secara terbuka, sebaliknya diselesaikan sesama mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata kompleksiti rakyat Malaysia tidak patut menjadi penghalang kepada kemajuan sebaliknya membantu pemimpin mencari jalan untuk mengukuhkan pembinaan negara bangsa.

Najib berkata perkara itu mendorong beliau untuk memperkenalkan Gagasan 1Malaysia agar penyatupaduan nasional dapat dicapai.

"Gagasan 1Malaysia bukanlah diperkenalkan untuk pilihan raya umum. Gagasan 1Malaysia adalah untuk membina negara bangsa yang perlu dilakukan untuk menjamin kemajuan negara," katanya.

Sumber BERNAMA 11/11/2013

Wednesday 6 November 2013

Revolver, semi auto pilihan penjenayah

Semi auto.
KUALA LUMPUR: Mudah dilerai dan disembunyikan dalam bahagian tertentu kenderaan ketika melepasi sempadan terutama sempadan Malaysia-Thailand, menjadi faktor mengapa senjata api jenis 'Revolver' dan 'Semi Auto' menjadi pilihan penjenayah untuk diseludup ke negara ini.

Berdasarkan risikan polis, dua pistol jenis itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran gelap selain harganya murah dan sukar dikesan apabila bahagian senjata tersebut dilerai dan disembunyi dalam kenderaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah beberapa kali menggagalkan cubaan menyeludup senjata api terutama daripada dua jenis tersebut apabila ia disembunyikan di bahagian kenderaan yang telah diubah suai.

"PDRM terima maklumat risikan dan periksa beberapa kenderaan yang disyaki cuba menyeludup senjata tersebut dan memang tepat maklumat risikan kita apabila pistol-pistol itu telah dilerai dan disembunyikan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.

Revolver.
Justeru, mengambil kira peningkatan penyeludupan senjata api sejak kebelakangan ini, PDRM telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dengan bertukar maklumat risikan terutama di kawasan sempadan.

Beliau berkata PDRM turut menggunakan platform Persidangan Ketua-ketua Polis Asean yang bersidang setiap tahun bagi membincangkan perkara tersebut serta menanganinya secara berkesan melalui sudut risikan dan operasi.

Mazlan berkata peningkatan penyeludupan senjata api yang dipercayai banyak didalangi pihak kongsi gelap perlu dibanteras secara habis-habisan melalui gerakan dan perancangan yang diatur PDRM.

Katanya menurut statistik, sejak tahun 2011 hingga Sept 2013 terdapat peningkatan dari segi rampasan dan tangkapan senjata api yang berjaya ditumpaskan PDRM.

Datuk Mazlan mansor.
"Pada 2011 PDRM merampas 160 senjata api pelbagai jenis dan menahan 121 orang, manakala pada 2012 PDRM merampas 199 senjata api dan menahan 163 orang dan sehingga September tahun ini polis berjaya rampas 214 senjata api dan menahan 216 orang," katanya sambil menambah peningkatan rampasan dan tangkapan pada tahun ini didorong dengan kejayaan Operasi Cantas Khas.

Beliau berkata peningkatan penyeludupan senjata api terutamanya pistol jenis semiautomatik menunjukkan peningkatan yang paling tinggi, iaitu daripada 2011, sebanyak 62 pistol jenis itu dirampas di dalam negara, pada 2012 sebanyak 72 pucuk dirampas dan pada tahun ini sehingga September, sebanyak 78 pucuk pistol jenis itu dirampas.

Menurut statistik Polis Bukit Aman, rampasan kedua tertinggi ialah senjata api jenis revolver iaitu sebanyak 24 pucuk dirampas pada 2011, 72 pucuk dirampas pada tahun lepas dan sehingga September tahun ini, sebanyak 23 pucuk senjata itu dirampas.
Revolver.

Statistik itu melaporkan, sebanyak 16 pucuk senapang patah dirampas pada 2011, 15 pucuk dirampas pada 2012 dan lima pucuk senjata itu dirampas sehingga September tahun ini.

Selain itu sebanyak tujuh bom tangan dirampas pada 2011, sebutir dirampas pada 2012 dan tujuh butir dirampas sehingga September tahun ini.

Mazlan berkata, antara faktor penyumbang kepada peningkatan penyeludupan senjata api ke dalam negara ialah aktiviti penyeludupan dadah, pertumbuhan kumpulan kongsi gelap dan peningkatan kegiatan maksiat dan perjudian.

Mengulas lanjut mengenai kaedah penyeludupan, katanya pihak polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) mengesan beberapa kaedah iaitu menyeludup senjata melalui bas ekspres dengan menyorokkannya di dalam beg, mengubah suai kenderaan dengan menyediakan tempat simpanan rahsia dan menyorokkan senjata dileraikan di dalam bekas simpanan bahan makanan seperti beras, sayuran dan buah-buahan.

Beliau memberikan amaran kepada mereka yang melanggar peraturan lesen senjata api boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (b) Akta Senjata 1960.

Sementara orang yang didapati memiliki senjata api tanpa lesen boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak lebih tujuh tahun penjara atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, katanya.

Semi auto.
Beliau berkata mereka yang disyaki menyeludup senjata api atau seseorang didapati memiliki lebih dari dua pucuk senjata api pada satu-satu ketika boleh didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

"Jika didapati bersalah di bawah Seksyen berkenaan, pesalah akan menerima hukuman mati atau penjara seumur hayat," katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan kerajaan perlu membekalkan kelengkapan logistik yang canggih kepada PDRM terutama teknologi pengimbas kenderaan terkini yang telah digunakan di negara barat yang kelengkapan itu mampu mengimbas senjata api mahupun dadah yang disembunyikan di bahagian kenderaan walaupun ia telah diubah suai.

Katanya walaupun mesin pengimbas berkenaan mahal namun ia perlu dimiliki PDRM mahupun pihak berkuasa yang lain agar masalah penyeludupan dapat dibanteras habis-habisan terutama membabitkan senjata api dan dadah.

Sumber Bernama 7/11/2013

Rumah agam di Las Vegas dengan lapangan terbang sendiri

Pintu utama.
6629 S Pecos Rd, Las Vegas, NV 89120. Pemilik baru telah melabur lebih daripada AS$15 - 20 juta dalam penambahbaikan di kawasan rumah agam ladang seluas 40 ekar.

Harta tanah ini terdiri daripada rumah Utama dan 7 rumah tambahan, 37 gerai yang stabil dengan bilik pejabat dan jelujur, 16 gerai stabil dengan pejabat, kolam Equestrian, seekar kandang dan padang rumput, jet F28 dan terminal untuk berhibur di kawasan lapang, garaj kereta dengan 7 pintu berkembar, bilik permainan, bilik hijau, Zoo
Garaj kereta.
peribadi, gelanggang tenis, kolam dengan air pancut dan terlalu banyak lagi untuk disenaraikan.

Terletak di tengah-tengah Las Vegas, hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang McCarran dan laluan Las Vegas. Ianya untuk dijual. Dibina pada tahun 1952, pada asalnya berharga AS$70 juta (RM222 juta), sekarang hanya berharga AS48 juta (RM152 juta) sahaja. Berminat? Ini dilihat sahaja....
Garaj jet F28.

Sumber : Housekaboodle  |  Realtor  |  Trulia




Butiran ringkas:
3 bilik tidur
4 bilik air
3 bilik air separa
Keluasan binaan 11,192 kaki persegi
Keluasan 40 ekar
Jenis rumah keluarga tunggal
Tasik.
Rumah.
Kolam dengan air pancut.
Gelanggang kuda.
Kandang kuda.

Monday 4 November 2013

Selamat Menyambut 1 Muharam, 1435 Hijrah

1434 Hijrah telah berakhir dan 1 Muharam 1435 Hijrah muncul lagi. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W., dari Kota Makkah  ke Madinah  pada tahun 622 Masihi.

Berlaku pada 1 Muharam  tahun baru bagi Takwim Hijrah, namun tahun Hijrah Rasulullah S.A.W., dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi tahun baru dalam kalendar Hijrah.

Sunday 3 November 2013

‘Pakar senapang’ dicekup

Senapan Angin Cipacing - gambar hiasan.
Serian: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai pakar senapang buatan sendiri ditahan di ladang kelapa sawit Kampung Ensebang Plaiee, di sini, kelmarin dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

Serbuan jam 3.15 petang diketuai Inspektor Mohamad Nizam Bujang berjaya menahan suspek berusia 30 tahun serta merampas selaras senapang buatan sendiri bersama 12 peluru hidup disembunyikan di bawah pondok di ladang sawit.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, berdasarkan risikan dan maklumat awam, serbuan dilakukan di sebuah pondok kecil didirikan secara haram dalam ladang kelapa sawit.

Katanya, ketika serbuan, suspek berada di pondok berkenaan dan gagal melarikan diri sebaik disergah anggota polis berikutan kawasan itu terlebih awal sudah dikepung.

“Pemeriksaan mendapati suspek menyembunyikan selaras senapang buatan sendiri dalam lubang dibuat atas lantai pondok dipercayai sebagai tempat menyimpan senjata itu.

“Suspek dipercayai membuat senjata itu sendiri dan menjualnya kepada penduduk setempat. Dia dipercayai menyimpan senjata yang sudah siap dalam tempat dikhaskan sebelum dijual kepada pembelinya pada harga antara RM200 hingga RM300,” katanya ketika dihubungi.

Suspek dibawa ke Balai Polis Serian dan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Sumber myMetro : 04/11/2013 |
Sumber gambar : Senapang Angin Cipacing