Friday 6 September 2013

Pantulan cahaya bangunan pencakar langit mencairkan kereta yang diparkir

Bangunan Walkie Talkie.
Pantulan cahaya matahari dari bangunan tinggi di kota London sangat kuat, bahkan boleh mencairkan kenderaan yang diparkir.

Satu laporan dari pemiliki Jaguar XJ dilaporkan rosak kerana terkena pantulan cahaya dari bangunan bertingkat tersebut.

Pembiasan cahaya matahari.
Martin Lindsay meletakkan kenderaannya, setelah 2 jam kenderaan diparkir, dia mencium bau plastik terbakar tetapi tidak tahu mengapa.

Bahagian kereta seperti bahagian cermin, panel tingkap dan lencana kenderaan meleleh cair.

Plastik, panel tingkap terjejas.
Akhirnya diketahui bahawa pantulan cahaya dari bangunan mengarah ke kendaraannya.Ini bukan kejadian pertama yang dialami oleh Lindsay.

Kejadian lain pernah dialami oleh sebuah kenderaan van.

Seorang lelaki menggoreng telur.
Bangunan tinggi yang direkabentuk oleh New York Rafael Vonoly digelarkan bangunan 'walkie talkie', memiliki tinggi 37 tingkat.

Disebut walkie talkie kerana bentuknya agak melengkung.

Bernasib baik, pihak pemilik bangunan mahu mengganti kerosakan yang dialami kenderaan Lindsay, dan diberikan ganti rugi sejumlah £946.

Sumber : BBC News  |  Dailymail  |  Huffingtonpost  |  The Age Drive  |  The Independent  |  The Telegraph

No comments:

Post a Comment