Saturday 28 September 2013

9 diet cara selebriti yang keterlaluan

Adriana Lima.
Selebriti seperti Adriana Lima dan Megan Fox sangat terkenal dengan bentuk badan mereka yang mengiurkan. Tetapi adakah anda tahu bahawa mereka telah mengamalkan cara diet yang keterlaluan untuk mendapatkan badan yang diimpikan sebegitu? Jangan risau, kami tidak akan mengesyorkan anda untuk mencuba diet cara mereka di rumah namun, kalau anda hendak mencubanya, dipersilakan.

Adriana Lima
Madonna.
Dianggap sebagai kebanggaan Victoria's Secret, ia seolah-olah seperti pekerjaan yang sukar untuk model terkenal ini. Adriana Lima mendedahkan bahawa sembilan hari sebelum persembahan fesyen tahunan, dia hanya mengambil air dan 12 jam sebelum dia berhenti minum air hanya untuk menyeimbangkan berat air dalam badan. Eh, kita pasti berharap dia tidak akan berpeluh banyak.

Jennifer Aniston.
Madonna
Si diva Madonna kadang-kala mengamalkan diet yang dipanggil 'Diet Udara'. Caranya dengan memegang makanan tetapi menentang daripada memakan makanan tersebut. Pelik, bukan?

Jennifer Aniston
Beyonce Knowels.
Jennifer Aniston kadang-kadang meninggalkan sarapan pagi, sebaliknya hanya minum segelas jus limau diperah segar pada waktu pagi. Dia yakin bahawa ia adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan lemak. Kedengaran seperti cara yang baik untuk memulakan pagi.

Reese Witherspoon.
Beyonce Knowels
Beyonce pernah diminta untuk mengurangkan berat badan untuk menjayakan filem "Dreamgirls". Jadi selama 14 hari, dia hanya mengambil air, cili merah dan sirap maple untuk berdiet. Sepanjang 14 hari itu, dia semakin mengecil dan mengecut. Ramai bertanyakan "Adakah anda OK?", "Tak, saya tidak berasa baik," katanya.

Megan Fox.
Reese Witherspoon
Reese Witherspoon dikenali sebagai peminat makanan bayi. Makanan untuk sarapan pagi dan makan tengaharinya cumalah makanan bayi. Namun begitu, dia akan mengambil makanan ruji pada sebelah petang.

Nicole Kidman.
Megan Fox
Megan Fox pernah menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk dia mendapatkan bentuk badan yang mengiurkan adalah dengan meminum cuka epal dan air setiap kali sebelum makan berat.

Nicole Kidman
Katie Holmes.
Nicole Kidman hanya memakan telur rebus untuk menjayakan wataknya dalam filem 'Cold Mountain'. Dia mengambil satu biji telur rebus pada waktu pagi dan dua biji telur rebus untuk makan malam. Jika terasa lapar lagi, dia akan menambah tiga biji telur. Hanya makan telur mesti sangat membosankan, bukan?

Katie Holmes
Katie Holmes pernah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan hanya memakan sup lobak merah untuk sarapan pagi
Ashley Green.
dan brokoli mentah untuk makan tengah hari serta makan malam. Mampukah kita mengikut cara diet ini?

Ashley Greene
Ashley Greene sengaja melaparkan dirinya semasa penggambaran "Twilight Saga: New Moon". Dia bekerja selama 12 jam sehari dan tidak mempunyai masa untuk makan menyebabkan dia kehilangan berat badan yang agak banyak.

No comments:

Post a Comment