Sunday 1 September 2013

Pengorbanan anggota keluarga Perwira tidak dipersiakan

Anggota tentera berceloreng penuh bersemangat menyertai
perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di
Dataran Merdeka pada 31 Ogos yang lalu. Utusan Online.
Kuala Lumpur, 1 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pengorbanan anggota keluarga perwira negara tidak akan dipersiakan.

Najib, menerusi entri terbaharunya dalam Facebook, berkata perbarisan para perajurit semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Sabtu mengingatkan beliau kepada perjuangan wira-wira terdahulu dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara.

"Jerih perih mereka, pengorbanan ahli keluarga mereka tidak akan dipersiakan.

Najib Tun Razak (tengah) bergambar kenangan
bersama anggota Komando VAT69 yang terlibat
dalam Op Daulat pada Sambutan Peringatan
Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur tempoh hari.
"Ayuh kita semua bersatu demi Malaysia yang satu," katanya.

Pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka semalam, 76 pegawai dan anggota pasukan Komando VAT69 yang terbabit dalam Operasi Daulat semasa mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lepas turut membuat persembahan.

Lebih menyentuh hati, balu anggota-anggota yang terkorban dalam insiden itu tidak dapat menahan kesedihan semasa menyaksikan persembahan khas itu.

Sumber BERNAMA 1/09/2013

No comments:

Post a Comment