Wednesday 22 July 2015

Ikan Cencaru Sumbat

Ketika di asrama dulu, ia dinamakan ikan jaket walaupun nama sebenar cencaru. Semuanya kerana kulitnya yang keras.

Selain dimasak taucu, ia juga sedap dimasak asam pedas, masak lemak dan sebagainya.

Lebih menyelerakan jika disumbat dengan sambal atau sambal kelapa dan pasti menyelerakan. Masakan ini juga dikenali sebagai ikan belah belakang.

Bagi yang bekerja, sambal boleh disediakan lebih awal, manakala ikan disiang dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi tentu sekali mudah untuk menggoreng sebaik pulang kerja.

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan:
3 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang dan lumurkan garam dan kunyit

Inti:
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah - dibuang biji dan ditumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar- tumbuk
2 sudu pati asam jawa
gula
belacan
garam

Cara:
Kelapa parut, cili dan bawang perlu ditumbuk. Kemudian ditambah asam jawa, gula, belacan dan garam serta digaul sebati. Seterusnya barulah inti ini disumbat ke dalam perut ikan cencaru. Pastikan minyak panas dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.

Wednesday 15 July 2015

Resepi Lidah Kucing Pelangi

Ha, cantikkan... warna warni, sebenarnya biskut ni popular di Indonesia dan Singapura. Sekarang dah mula popular di Malaysia.

Sangat mudah, rangup dan sedap. Sesuai untuk kanak-kanak kerana teksturnya yang rangup dan lembut.

Boleh dijadikan biskut raya atau doorgift.

Bahan-bahan:

250 gm butter
175 gm gula kastor
Serbuk perangup.
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah, oren, kuning, hijau, biru, purple)

Dulang khas lidah kucing rainbow
(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22++)

Cara-cara
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian. Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yang telah masak.
Sediakan 6 warna di 'piping bag'.

5. Masukkan dalam piping bag atau beg plastik untuk setiap warna berlainan. Potong hujung muncung beg plastik atau piping bag kecil. Paipkan atas loyang lidah kucing.

Jangan paipkan terlampau penuh kerana adunan akan mengembang bila dibakar.

Dulang lidah kucing.
6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.

Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba....

Resipi mudah Laksa Sardin yang sangat lazat!

Ramai antara anda di luar sana gemarkan juadah laksa. Tidak kiralah laksa utara mahupun laksa johor pastinya membuatkan anda hendak lagi kerana kelazatannya.

Namun, pernahkah anda makan laksa sardine? Jika tidak pernah apa kata anda cuba sendiri dengan membuatnya di rumah sebagai juadah berbuka puasa.

Jom ikuti resipi mudah yang dipetik dari Wanista.

Bahan-bahan yang diperlukan:
• 1 paket mi kuning, dibasuh, dikeringkan dan dicelur
• 2 batang daun selasih segar atau ketumbar, dicincang
• bawang goreng
• limau kasturi
• 2 biji telur rebus, dibelah dua
• Garam secukup rasa
• 100ml santan kelapa

Untuk dikisar:
• 1 tin Sardin dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili
• 2 cm kunyit hidup
• 3 batang serai
• bawang merah 80g
• 1 inci belacan yang sudah dibakar
• 3 biji cili merah
• Santan 100ml dicampur dengan 1 liter air

Cara memasak:
1. Didihkan bahan-bahan yang dikisar pada api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Tambah santan berlebihan dan masukkan bahan perisa secukupnya.
2. Untuk menghidang, bahagikan mee ke dalam 4 mangkuk dan tuangkan sup panas. Hiaskan dengan selasih, goreng bawang merah dan telur, dan hidang dengan perahan limau.

Selamat menjamu selera!

Sunday 5 July 2015

Ayam Kung Pao, enak dimakan bersama nasi & bubur!

Ayam boleh dikatakan menjadi makanan wajib setiap hari tidak kiralah samada ia adalah makanan segera ataupun masakan berlauk.

Namun apabila tiba hujung minggu pastinya anda kadang-kala seperti ketandusan idea untuk memasak lauk apakah untuk keluarga anda. Pastinya sudah bosan memasak ayam masak kicap, ayam masak sambal atau ayam masak kurma.

Apa kata anda cuba sesuatu yang baru iaitu Ayam Kung Pao! Haa, dengar nama macam gempak (masakan China). Resipi untuk memasaknya mudah sahaja dan rasanya lazat dan tidak memuakkan. Ia bukan sahaja boleh dimakan bersama nasi panas, malah ia juga enak dimakan bersama bubur juga.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua resipi mudah untuk memasak Ayam Kung Pao yang dipetik dari Rasa.

BAHAN-BAHAN:
• 500gm ayam | digoreng dengan sedikit tepung
• 60gm tepung gandum
• 50gm cili kering
• 5 biji cili padi
• 2 biji cili merah
• 2 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 2 sudu makan sos cili
• 2 sudu makan sos tomato
• 1 sudu makan gula
• 1 sudu makan cuka
• 2 sudu makan sos HP | boleh didapati di pasaran
• 2 sudu makan kicap masin
• 2 sudu makan sos tiram
• Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
3. Masukkan cili kering, cili padi, cili merah, sos cili, sos tomato, cuka, sos HP, kicap masin dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Setelah itu masukkan ayam goreng dan kacau rata.
5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
6. Sedia dinikmati bersama nasi putih.

Selamat mencuba & menjamu selera!