Monday 15 December 2014

Permohonan Hak Milik Senapang Patah

Permohonan Menukar Hak Milik Senapang Patah
Permohonan menukar hak milik senapang patah daripada bapa/ibu kepada anak melalui dua (2) kaedah berikut:-
  1. Pindah Milik Senapang Patah Semasa Hayat
  2. Pindah Milik Senapang Patah Melalui Probet

Maklumat dan Syarat Umum
Pekeliling No. 36/2005 menyebut pindah milik senapang patah hanya dibenarkan secara probet kepada anak lelaki atau anak perempuan. Namun begitu mengikut Surat Pekeliling N0. 49/2006, pindah milik senapang patah semasa hayat dibenarkan sekiranya pemilik;
i.mencapai umur 65 tahun, atau
ii.disahkan tidak sihat oleh Pegawai Kesihatan daripada Hospital atau Klinik Kerajaan, atau
iii.hilang keupayaan (incapacitated) untuk menggunakan senapang patah
Syarat-syarat Permohonan
i.
Pindah milik senapang patah hanya daripada ayah/ibu kepada anak lelaki/anak perempuan sahaja;
ii.
Anak lelaki/perempuan telah disahkan sihat untuk menggunakan senapang patah oleh Pegawai Perubatan daripada Hospital atau Klinik Kerajaan;
iii.
Senapang patah berkenaan masih selamat untuk digunakan (disahkan oleh Polis DiRaja Malaysia); dan
iv.
Syarat kegunaan senapang patah berkenaan hendaklah kekal seperti syarat kegunaan asal.

Cara Memohon
Pemohon dan pemilik senapang patah atau pemegang Surat Kuasa Pentadbir (jika melalui probet) perlu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah serta membawa dokumen-dokumen seperti berikut:-
  1. Dua keping gambar pemohon berukuran passport
  2. Salinan Lesen senapang patah
  3. Senapang Patah (jika berkenaan untuk diperiksa oleh pihak Polis
  4. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pemilik senapang patah atau pemegang Surat Kuasa Pentadbir
  5. Surat Kuasa Pentadbir jika permohonan dibuat melalui probet
  6. Sijil Kelahiran asal pemohon
  7. Surat persetujuan daripada pemilik senapang patah / pemegang Surat Kuasa Pentadbir
  8. Bayaran proses permohonan sebanyak RM2.00
  9. Dokumen lain yang dapat membuktikan tali persaudaraan di antara pemohon dengan pemilik senapang atau pemegang Surat Kuasa Pentadbir, sekiranya permohonan dari bapa kepada anak.
  10. Salinan geran tanah sekiranya tujuan pemilikan senapang patah untuk kegunaan pertanian
  11. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Tempoh Permohonan
Minimum satu setengah (1 1/2) tahun.

Nota: Kuasa bagi meluluskan pindahmilik senapang patah adalah di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara

2 comments:

  1. Sekarang ini kelulusan hanya diberikan kepada kroni dan mempunyai wang sahaja walhal syarat2 untuk memiliki senjata api telah cukup.

    ReplyDelete
  2. Sampai umur berapa boleh guna senapang tu?

    ReplyDelete