Saturday 28 September 2013

9 diet cara selebriti yang keterlaluan

Adriana Lima.
Selebriti seperti Adriana Lima dan Megan Fox sangat terkenal dengan bentuk badan mereka yang mengiurkan. Tetapi adakah anda tahu bahawa mereka telah mengamalkan cara diet yang keterlaluan untuk mendapatkan badan yang diimpikan sebegitu? Jangan risau, kami tidak akan mengesyorkan anda untuk mencuba diet cara mereka di rumah namun, kalau anda hendak mencubanya, dipersilakan.

Adriana Lima
Madonna.
Dianggap sebagai kebanggaan Victoria's Secret, ia seolah-olah seperti pekerjaan yang sukar untuk model terkenal ini. Adriana Lima mendedahkan bahawa sembilan hari sebelum persembahan fesyen tahunan, dia hanya mengambil air dan 12 jam sebelum dia berhenti minum air hanya untuk menyeimbangkan berat air dalam badan. Eh, kita pasti berharap dia tidak akan berpeluh banyak.

Jennifer Aniston.
Madonna
Si diva Madonna kadang-kala mengamalkan diet yang dipanggil 'Diet Udara'. Caranya dengan memegang makanan tetapi menentang daripada memakan makanan tersebut. Pelik, bukan?

Jennifer Aniston
Beyonce Knowels.
Jennifer Aniston kadang-kadang meninggalkan sarapan pagi, sebaliknya hanya minum segelas jus limau diperah segar pada waktu pagi. Dia yakin bahawa ia adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan lemak. Kedengaran seperti cara yang baik untuk memulakan pagi.

Reese Witherspoon.
Beyonce Knowels
Beyonce pernah diminta untuk mengurangkan berat badan untuk menjayakan filem "Dreamgirls". Jadi selama 14 hari, dia hanya mengambil air, cili merah dan sirap maple untuk berdiet. Sepanjang 14 hari itu, dia semakin mengecil dan mengecut. Ramai bertanyakan "Adakah anda OK?", "Tak, saya tidak berasa baik," katanya.

Megan Fox.
Reese Witherspoon
Reese Witherspoon dikenali sebagai peminat makanan bayi. Makanan untuk sarapan pagi dan makan tengaharinya cumalah makanan bayi. Namun begitu, dia akan mengambil makanan ruji pada sebelah petang.

Nicole Kidman.
Megan Fox
Megan Fox pernah menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk dia mendapatkan bentuk badan yang mengiurkan adalah dengan meminum cuka epal dan air setiap kali sebelum makan berat.

Nicole Kidman
Katie Holmes.
Nicole Kidman hanya memakan telur rebus untuk menjayakan wataknya dalam filem 'Cold Mountain'. Dia mengambil satu biji telur rebus pada waktu pagi dan dua biji telur rebus untuk makan malam. Jika terasa lapar lagi, dia akan menambah tiga biji telur. Hanya makan telur mesti sangat membosankan, bukan?

Katie Holmes
Katie Holmes pernah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan hanya memakan sup lobak merah untuk sarapan pagi
Ashley Green.
dan brokoli mentah untuk makan tengah hari serta makan malam. Mampukah kita mengikut cara diet ini?

Ashley Greene
Ashley Greene sengaja melaparkan dirinya semasa penggambaran "Twilight Saga: New Moon". Dia bekerja selama 12 jam sehari dan tidak mempunyai masa untuk makan menyebabkan dia kehilangan berat badan yang agak banyak.

Monday 23 September 2013

Tips cantik cara wanita Thailand

Wanita Asia tidak asing lagi terbukti memiliki kecantikan semulajadi yang cukup menawan. Apatah lagi warisan nenek moyang kita banyak meninggalkan amalan-amalan kecantikan dan petua tradisional sebagai panduan sehari-hari.

Betik.
Melihat kecantikan asli yang dimiliki wanita dari Thailand yang terkenal dengan gelaran negara gajah putihnya itu pasti membuatkan ramai yang cemburu. Mungkin negara itu cukup terkenal sebagai negara yang menawarkan khidmat pembedahan plastik dengan kos yang murah tetapi rata-rata wanita tempatan sememangnya memiliki kecantikan asli hasil amalan petua nenek moyang.

Mari kita lihat apakah amalan rahsia mereka sehingga memiliki kecantikan asli yang tiada tolok bandingnya.

Santan kelapa.
Betik
Wanita Thailand gemar menggunakan betik sebagai 'masker' untuk memberi kesan segar pada wajah. Betik mengandungi agen anti oksida dan kaya dengan khasiat semulajadi seperti vitamin C dan E. Kedua-dua jenis vitamin ini dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan. Betik juga membantu kulit menjadi cerah berseri dan bebas cela.

Santan Kelapa
Jangan ingat santan kelapa hanya digunakan dalam masakan
Sayur-sayuran.
sahaja. Kebijaksanaan wanita Thailand terserlah dengan bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa dengan mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Selain daripada untuk kulit, mereka juga menggunakan santan kelapa dalam proses perawatan rambut. Ia membantu mendapatkan rambut yang sihat dan lebat.

Diet Pemakanan
Rempah-ratus.
Diet yang sihat turut membantu wanita Thailand mendapatkan kulit yang berseri dan tubuh badan yang langsing. Fokus utama mereka dalam amalan diet pemakanan yang sihat ialah pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus. Sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.

Kunyit
Kunyit.
Sama seperti betik, kunyit turut mengandungi agen anti oksida yang dapat melawan radikal bebas. Wanita tempatan Thailand mengamalkan mencuci muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat. Anda juga boleh amalkan sendiri. Basahkan tapak
tangan dengan air dan ambil serbuk kunyit. Jadikannya sebagai skrub dengan menyapu pada wajah anda serbuk kunyit tersebut selama 5-10 minit.

Beras
Beras.
Bercakap mengenai beras dan negara Thailand, anda pasti tahu akan produk kecantikan berasaskan susu beras dari Thailand yang terjual bak pisang goreng panas kini. Sememangnya beras terbukti mencantikkan dan menjadikan kulit wajah putih berseri. Inilah rahsia sebenar wanita Thailand apatah lagi negara itu merupakan pengeluar beras terbesar di Asia Tenggara. Wanita Thailand memproses sendiri secara tradisional beras tersebut sehingga menjadi susu dan digunakan untuk merawat kulit. Beras mengandungi vitamin E yang membantu memutihkan kulit wajah dan badan.

Thursday 19 September 2013

Makanan untuk kuatkan daya ingatan

Madu.
Menurut kajian American Dietetic Association( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Di sini ada beberapa jenis makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan.

Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman.

Telur.
Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

Kismis.
Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sajian.

Susu.
Susu
Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa.

Oat.
Oat
Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

Makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan dan semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu anda menajamkan daya ingatan.

Wednesday 18 September 2013

Apabila cubaan singa gagal memakan kura-kura

Seorang jurugambar mengesan percubaan yang gagal oleh
singa muda ini untuk memecahkan kulit seekor kura-kura di
Mashatu Game Reserve di Botswana.
Kuatnya singa di rimba membaham binatang-binatang di hutan tak kira kecil mahupun besar adalah satu kelebihan baginya.

Namun ada ketikanya kegagahannya ada batas terhadap haiwan-haiwan yang mempunyai pertahanan diri yang kebal, antaranya adalah kura-kura 'harimau bintang'.

Kebijaksanaan kura-kura dalam menjaga dirinya adalah suatu perkara yang menakjubkan.

P/S: Inilah yang dikatakan pertahanan diri ciptaan Tuhan untuk makhluknya.

Sumber : Dailymail

Villiers Steyn, 31, telah memerhatikan anak-anak singa tersebut
bermain dengan adik-beradiknya yang lain apabila salah seekor
antaranya tertarik oleh satu hidangan berpotensi.
Tetapi singa muda itu tidak lama lagi mendapati bahawa kura-kura 'harimau
bintang' bukannya makanan mudah, malah menjadi kegusaran yang jelas.
Singa muda itu yang mahu menukar waktu bermain ke waktu makan,
telah tersilap memilih makhluk untuk dijadikan habuan.
Singa itu mendapati, walaupun beberapa percubaan, tidak
berkesan melemahkan kulit pelindung kura-kura tersebut.
Kekecewaan anak singa itu jelas terbayang di wajahnya
kerana gagal memecahkan kura-kura tersebut.
'Jijik!': Anak singa itu jelas tidak gembira apabila kura-kura
tersebut membalas dengan kencing ke dalam mulutnya.

Monday 16 September 2013

Keadaan negara Syria pada masa kini, sangat menyedihkan

Ini keadaan negara Syria pada masa kini yang sangat menyedihkan. Perang saudara yang berpanjangan telah mengakibatkan negara tersebut bertukar dari sebuah negara yang makmur dan maju kepada keadaan seperti sekarang ini.











Thursday 12 September 2013

Rakaman perang di Syria dengan kamera Sony Action Cam

Video dibawah ini dirakam dengan kamera 'action cam'.

Filem dokumentari ini memperlihatkan sekilas pandang kehancuran akibat perang di kota Aleppo.

Dirakam pada bulan Mei 2013 lalu. Ada 2 jurugambar lain dari Great Britain dan Afrika Selatan bersama-sama mengabadikan pertempuran di sana.

Seorang pejuang sempat memberikan saranan, "Jangan bergerak jauh dari tembok". Yang lain mengatakan, "Kami bukan pengganas", untuk menegaskan tindakan mereka adalah sebagai pejuang.

Gambar di bawah ini menunjukkan tempat peninggalan artifak bersejarah yang dimanfaatkan oleh penduduk berjualan. Sekarang ternyata sudah hancur dan dimanfaatkan untuk perlindungan pejuang Syria.

Sumber : unaphotographer.tumblr.com/archive

Salah satu isu dari perang di Syria adalah senjata kimia. Khabarnya senjata tersebut disembunyikan oleh Iraq dan dibawa ke Syria. Seperti menyebar ubat nyamuk bakar, senjata kimia adalah senjata terkini dalam pertempuran. Tidak perlu menghantar pasukan, cukup dilepaskan di sana, lalu selesai semuanya. Masalahnya siapa yang terkena, ceritanya akan berbeza. Senjata kimia adalah senjata pemusnah besar yang dilarang penggunaannya, tapi ada di sana.

Amerika masih menunggu waktu, adakah perlu menyerang Syria, tapi tidak ingin terlibat secara keterlaluan. Hanya menghentikan atau mencegah regim Assad untuk melakukan serangan dengan senjata kimia. Berita penggunaan senjata kimia masih menimbulkan persoalan. Siapa yang melepaskan bom kimia tersebut, dan dari mana senjata tersebut?

Wednesday 11 September 2013

Hilang nyawa angkara cicak tokek

Mohd. Shukri (tengah) menunjukkan senjata buatan sendiri
yang dirampas daripada salah seorang suspek kes bunuh
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Selangor di Shah Alam semalam.
Shah Alam - Misteri kematian seorang pemuda yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa bunuh angkara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa Syairul Helmy Azhar, 24, dibunuh dalam satu komplot yang disyaki turut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang didakwa pemilik cicak itu.

Mangsa mati dengan mempunyai kesan tembakan di bahagian rusuk kanan.

Tokek atau Gecko.
Menurut beliau, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek tersebut dan mencari pembeli yang berpotensi.

Bagaimanapun, mangsa kemudian didapati cuba melarikan diri bersama cicak tokek itu. Ini menyebabkan, wanita itu mengupah orang lain untuk mencari mangsa sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dibunuh.

"Susulan kejadian itu, polis menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun secara berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak antara 1 September sehingga hari ini (semalam).

"Polis kemudian menahan pemilik cicak tokek tersebut iaitu seorang wanita berusia 60 tahun di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi tadi (semalam)," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Sumber Kosmo Online 11/09/2013

Monday 9 September 2013

Bali tempat pertandingan ratu cantik 'Miss World'

Pertandingan diubah dari Sentul,
Pulau Jawa ke Bali.
Jakarta: Indonesia memindahkan lokasi pertandingan ratu cantik ‘Miss World’ ke-63 akhir bulan ini ke Bali selepas banyak kumpulan Islam membuat bantahan.

Upacara pembukaan dilancarkan semalam di Hotel Westin, Nusa Dua, Bali. 

Pihak berkuasa berkata, semua acara kini diadakan di Bali kerana kumpulan tegar hampir tidak wujud dan penduduk pulau itu biasa dengan pemandangan pelancong asing berjemur
dengan pakaian renang nipis. “Semua acara kini diadakan di Bali hingga penutup,” kata Menteri Penyelaras bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono kepada media di sini kelmarin.

Katanya, kerajaan ‘mendengar kemahuan rakyat.’ Keputusan itu diambil dalam mesyuarat antara Laksono, Naib Presiden Indonesia, Boediono dan pegawai polis serta wakil Kementerian Pelancongan.

Cemuh Miss World 

Laksono membuat ulasan itu selepas 600 orang menyertai bantahan di pulau Jawa, membawa kambing dipakai selempang ‘Miss World’ di Yogyakarta untuk mencemuh pertandingan itu. Pelajar di Surabaya pula membawa kain rentang berbunyi: “Kami sedia mati supaya pertandingan Miss World dibatalkan.”

Mereka menyertai pesuruhjaya hak asasi manusia, menteri kerajaan dan kumpulan aliran
utama Islam yang semuanya menyuarakan bantahan terhadap acara itu, ramai mempertikaikan ia mengeksploitasi wanita dan bukan eksport ‘hedonisme’ Barat.

Acara itu akan memaparkan wanita daripada 129 negara dan dianggap sesetengah pihak berkuasa termasuk gabenor Bali, I Made Mangku Pastika, sebagai promosi percuma untuk industri pelancongan Indonesia.

Forum Umat Islam menolak
'Miss World'.
Tahun lalu, bintang pop sensasi Lady Gaga membatalkan konsertnya selepas beberapa
bantahan meletus dan golongan radikal menggelarnya ‘syaitan’ serta mengancam membakar tempat persembahan dan mengkritiknya kerana hanya memakai ‘coli dan seluar dalam.’

Pakai kain batik Bali

Walaupun penganjur Miss World sudah berjanji menggantikan pusingan bikini terkenal pertandingan itu dengan kain batik Bali untuk segmen fesyen tepi pantainya, ribuan penduduk berarak di jalanan minggu ini bagi mengecam keputusan mengadakan acara itu di Indonesia.

Jumaat lalu, golongan radikal membakar patung penganjur dan menggelar mereka ‘kafir.’

Pertandingan itu bermula semalam dan pusingan
berikutnya dijangka diadakan di dalam dan sekitar ibu kota ini, dengan pemenang akan dimahkotakan pada 28 September.

Kira-kira 90 peratus penduduk Indonesia daripada sejumlah 240 juta mengaku Islam. - Agensi.

Sumber BH Online 9/09/2013

http://www.missworld.com/