Saturday 17 August 2013

5 senjata api ditemui, seorang ditahan serbuan di Nilai

Senapang panah.
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN 17 Ogos - Polis menahan seorang lelaki dan merampas beberapa laras senapang termasuk mesingan dan pistol dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek dekat Nilai sini semalam

Serbuan kira-kira pukul 11 pagi semalam itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Nilai selepas mendapat maklumat ekoran aktiviti penyalahgunaan dadah di rumah terbabit.

Ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sejumlah senjata termasuk dua laras senapang patah, dua laras mesingan, sepucuk pistol dan senapang panah (crossbow).

Sebaik sahaja pihaknya sedang melakukan serbuan dilokasi berkenaan terdapat seorang lelaki berusia 35 tahun warga negara tempatan di rumah berkenaan dan suspek memberi kerjasama sepanjang pemeriksaan dilakukan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment