Wednesday 28 August 2013

Tips keselamatan wanita pulang dari tempat kerja

Penjagaan keselamatan penting terutamanya bagi wanita. Sebelum pulang atau keluar dari tempat kerja, PASTIKAN anda menelefon salah seorang dari ahli keluarga anda, bahawa anda dalam perjalanan pulang ke rumah.

Semasa keluar dari lif dan menuju ke tempat parkir kereta, JANGAN asyik menelefon rakan anda sehingga anda tidak menyedari keadaan sekeliling, selamat atau tidak.

Semasa keluar dari pejabat atau lif, PASTIKAN anda sudah menggengam kunci kereta. JANGAN semasa menuju ke kereta, anda sibuk terkial-kial mencari kunci kereta sehingga tidak sedar
keadaan sekeliling.

PASTIKAN orang yang tidak dikenali atau mencurigakan tidak berada di kawasan kereta anda. Sekiranya ada individu yang mencurigakan, JANGAN terus menuju dan masuk ke kereta. Peluang mereka untuk melakukan sesuatu yang buruk cukup mudah sekiranya mereka dapat menceroboh ketika anda masuk ke dalam kereta. Sebaliknya anda perlu berpatah balik ke dalam pejabat dan cuba hubungi keluarga terdekat atau pengawal keselamatan.

Sekiranya keadaan selamat, segera masuk ke dalam kenderaan anda dan terus mengunci pintu dengan sebaiknya. Kebanyakan daripada kita mengabaikan aspek keselamatan dengan tidak segera mengunci pintu kenderaan.

Pulang terus ke rumah anda, sekiranya ada individu yang tidak dikenali menahan anda, cuba ELAKKAN daripada berhenti. Kerana dikhuatiri penjenayah melakukan penyamaran (modus operandi bagi kes samun, rogol, bunuh dan culik).

Pakai topi ketika memandu, seolah-olahnya anda adalah seorang pemandu lelaki. Rebahkan kerusi di sebelah anda dan letakkan topi di bahagian kepala kerusi, seolah-olahnya ada seseorang sedang berbaring di kerusi tersebut.

Jika kereta anda diekori, berlakonlah seolah-olahnya anda sedang berbual-bual dengan seseorang di sebelah anda bagi memberikan persepsi anda tidak berseorangan di dalam kenderaan anda.

Bawa sesuatu yang boleh dijadikan sebagai senjata jika berlakunya jenayah terhadap diri anda. Contohnya pisau lipat kecil atau spray penyembur lada, atau minyak wangi sembur juga boleh dijadikan senjata.

Selain dari itu, berdoa dan selebihnya kita tawakkal serta berserah diri kepada Allah swt.

Sumber : Pelbagai.

No comments:

Post a Comment