Monday 31 August 2015

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2015

Pengerusi dan Ahli Kelab Menembak Gagak Daerah Klang Utara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2015.

Logo Hari Kebangsaan 2015 Malaysia

Melihat Logo Hari Merdeka Malaysia jelas menggambarkan seluruh rakyat Malaysia satu hati dan satu jiwa berdiri megah bersama kerajaan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015. Oleh itu Program Hari Kemerdekaan 2015 perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila "Sehati Sejiwa" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015.

Logo Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia

Pemilihan Tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan #SEHATISEJIWA telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Buat julung-julung kalinya, rakyat Malaysia tidak lagi perlu menyebut sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini sebagai sambutan yang ke-58. Hal ini dapat mengelakkan konflik oleh sebab Malaysia meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Oleh hal yang demikian, sambutan pada tahun ini hanya akan dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015.

Apa Tema Hari Kemerdekaan 2015

Tema Hari Kebangsaan 2015 ialah Sehati Sejiwa yang menggambarkan perpaduan, kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia. Selain melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. ia turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa jua kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara yang tercinta.

Slogan Bersatu Sambut Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan negara. Semenjak merdeka, seluruh rakyat Malaysia sehati sejiwa dalam menempuh apa jua cabaran yang mendatang. Semoga rakyat Malaysia hidup dalam rukun damai dan sentiasa bersatu.

Wednesday 22 July 2015

Ikan Cencaru Sumbat

Ketika di asrama dulu, ia dinamakan ikan jaket walaupun nama sebenar cencaru. Semuanya kerana kulitnya yang keras.

Selain dimasak taucu, ia juga sedap dimasak asam pedas, masak lemak dan sebagainya.

Lebih menyelerakan jika disumbat dengan sambal atau sambal kelapa dan pasti menyelerakan. Masakan ini juga dikenali sebagai ikan belah belakang.

Bagi yang bekerja, sambal boleh disediakan lebih awal, manakala ikan disiang dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi tentu sekali mudah untuk menggoreng sebaik pulang kerja.

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan:
3 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang dan lumurkan garam dan kunyit

Inti:
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah - dibuang biji dan ditumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar- tumbuk
2 sudu pati asam jawa
gula
belacan
garam

Cara:
Kelapa parut, cili dan bawang perlu ditumbuk. Kemudian ditambah asam jawa, gula, belacan dan garam serta digaul sebati. Seterusnya barulah inti ini disumbat ke dalam perut ikan cencaru. Pastikan minyak panas dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.

Wednesday 15 July 2015

Resepi Lidah Kucing Pelangi

Ha, cantikkan... warna warni, sebenarnya biskut ni popular di Indonesia dan Singapura. Sekarang dah mula popular di Malaysia.

Sangat mudah, rangup dan sedap. Sesuai untuk kanak-kanak kerana teksturnya yang rangup dan lembut.

Boleh dijadikan biskut raya atau doorgift.

Bahan-bahan:

250 gm butter
175 gm gula kastor
Serbuk perangup.
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah, oren, kuning, hijau, biru, purple)

Dulang khas lidah kucing rainbow
(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22++)

Cara-cara
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian. Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yang telah masak.
Sediakan 6 warna di 'piping bag'.

5. Masukkan dalam piping bag atau beg plastik untuk setiap warna berlainan. Potong hujung muncung beg plastik atau piping bag kecil. Paipkan atas loyang lidah kucing.

Jangan paipkan terlampau penuh kerana adunan akan mengembang bila dibakar.

Dulang lidah kucing.
6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.

Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba....

Resipi mudah Laksa Sardin yang sangat lazat!

Ramai antara anda di luar sana gemarkan juadah laksa. Tidak kiralah laksa utara mahupun laksa johor pastinya membuatkan anda hendak lagi kerana kelazatannya.

Namun, pernahkah anda makan laksa sardine? Jika tidak pernah apa kata anda cuba sendiri dengan membuatnya di rumah sebagai juadah berbuka puasa.

Jom ikuti resipi mudah yang dipetik dari Wanista.

Bahan-bahan yang diperlukan:
• 1 paket mi kuning, dibasuh, dikeringkan dan dicelur
• 2 batang daun selasih segar atau ketumbar, dicincang
• bawang goreng
• limau kasturi
• 2 biji telur rebus, dibelah dua
• Garam secukup rasa
• 100ml santan kelapa

Untuk dikisar:
• 1 tin Sardin dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili
• 2 cm kunyit hidup
• 3 batang serai
• bawang merah 80g
• 1 inci belacan yang sudah dibakar
• 3 biji cili merah
• Santan 100ml dicampur dengan 1 liter air

Cara memasak:
1. Didihkan bahan-bahan yang dikisar pada api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Tambah santan berlebihan dan masukkan bahan perisa secukupnya.
2. Untuk menghidang, bahagikan mee ke dalam 4 mangkuk dan tuangkan sup panas. Hiaskan dengan selasih, goreng bawang merah dan telur, dan hidang dengan perahan limau.

Selamat menjamu selera!

Sunday 5 July 2015

Ayam Kung Pao, enak dimakan bersama nasi & bubur!

Ayam boleh dikatakan menjadi makanan wajib setiap hari tidak kiralah samada ia adalah makanan segera ataupun masakan berlauk.

Namun apabila tiba hujung minggu pastinya anda kadang-kala seperti ketandusan idea untuk memasak lauk apakah untuk keluarga anda. Pastinya sudah bosan memasak ayam masak kicap, ayam masak sambal atau ayam masak kurma.

Apa kata anda cuba sesuatu yang baru iaitu Ayam Kung Pao! Haa, dengar nama macam gempak (masakan China). Resipi untuk memasaknya mudah sahaja dan rasanya lazat dan tidak memuakkan. Ia bukan sahaja boleh dimakan bersama nasi panas, malah ia juga enak dimakan bersama bubur juga.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua resipi mudah untuk memasak Ayam Kung Pao yang dipetik dari Rasa.

BAHAN-BAHAN:
• 500gm ayam | digoreng dengan sedikit tepung
• 60gm tepung gandum
• 50gm cili kering
• 5 biji cili padi
• 2 biji cili merah
• 2 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 2 sudu makan sos cili
• 2 sudu makan sos tomato
• 1 sudu makan gula
• 1 sudu makan cuka
• 2 sudu makan sos HP | boleh didapati di pasaran
• 2 sudu makan kicap masin
• 2 sudu makan sos tiram
• Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
3. Masukkan cili kering, cili padi, cili merah, sos cili, sos tomato, cuka, sos HP, kicap masin dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Setelah itu masukkan ayam goreng dan kacau rata.
5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
6. Sedia dinikmati bersama nasi putih.

Selamat mencuba & menjamu selera!

Sunday 22 February 2015

Pantang larang Si Pemburu

Terlalu banyak rahsia hutan dan ilmu berburu disimpan dalam ingatan lelaki yang digelar Tok Yaman ini. Ia termasuklah kisah seekor rusa yang kembali bangun dan berlari, sedangkan ia sudah pun ditembak dan hampir disembelih.

Tok Yaman seakan-akan segan pada mulanya untuk ditemu ramah. Dalam nada merendah diri, berulang kali dia mengatakan bahawa dirinya tiada pengalaman menarik mengenai ilmu berburu. Begitupun, dia masih peramah mempelawa EKSTRA bertamu ke kediamannya yang terletak di pinggir bandar Mersing, Johor itu.

"Saya ini pencen pegawai kerani sahaja. Lihat itu, 36 tahun, enam bulan dan dua hari dalam tugas. Itulah saja yang dapat dibanggakan," katanya tersenyum sambil menunjukkan sijil penghargaan perkhidmatan oleh kerajaan negeri Johor yang dibingkaikan di dinding ruang tamunya.
Dari kiri: Penekut burung dan pemipit rusa; racik yang
sudah diharamkan penggunaannya; serta pemipit kijang.

Sebenarnya, bagi pemilik nama sebenar Mohd. Yaman Hassan Basri, 76, sepanjang tempoh itu jugalah dia 'dipancing' teman-teman sekerja untuk berjinak-jinak dengan dunia perburuan.

Fitrah tugas yang berpindah lokasi dan profil jabatan daripada pejabat daerah, pejabat tanah dan pernah bersama pasukan Mergastua (kini Perhilitan) sudah menjadi suatu yang biasa. Tok Yaman akhirnya mendapat kelulusan dalam permohonan pemilikan senjata api pada tahun 1957.
Tok Yaman membuat demonstrasi
cara menekut yang dikhuatiri
mengundang kehadiran 'sesuatu'
yang lain daripada burung wak-wak.

"Pistol Steven, itulah senjata api pertama saya. Itu pun saya dapat atas bantuan Pegawai Daerah Kluang ketika itu, Datuk Suleiman Mohd. Noor yang membelikannya pada harga RM85.

"Sejak itu, saya sering mengikutnya menembak di hutan sekitar Kluang," imbas bapa kepada tiga orang anak itu.

'Bertatih' dengan pengalaman awal membawa pulang ayam atau burung hutan, Tok Yaman bersama teman-teman Mergastua mula meredah jauh ke dalam perut rimba.

Awalnya hanya dengan melihat-lihat, Tok Yaman kemudian mendapat kepuasan melalui lepasan das pertamanya.

Teruja setiap kali menyertai kumpulan pemburu berpengalaman, genggaman pistol kecil Tok Yaman adakalanya berganti laras senapang. Pada musim tertentu, hasil buruan pun semakin besar jadinya. Napuh, kijang dan rusa antara yang pernah ditundukkan dan dilapah bersama.

Sehingga Tok Yaman berhenti berburu pada tahun 1985, dia mengakui sudah menembak kira-kira 300 ekor kijang di beberapa lokasi berburu.

Burung wak-wak atau ruak-ruak.
"Menghadiri jemputan istana menemukan saya dengan adinda Sultan Johor iaitu Almarhum Tengku Abdul Rahman. Ada yang memberitahu beliau tentang pengalaman saya. Almarhum sudi mengajak saya menemaninya berburu.

"Almarhum sangat baik hati dan pemurah. Kalau membawa saya dan teman-teman lain bersama, tidak pernah kami pulang tanpa diberi wang sagu hati. Setiap seorang akan dihulur RM100," katanya yang pernah menjadi rakan sekolah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Ghazali Mohd. Seth.

"Sebenarnya setiap yang ada di
hutan ada penjaganya. Kita perlu
berwaspada dan tidak boleh lupa
tujuan kita berburu. Bukan untuk
berseronok atau bermegah,
cukuplah untuk sekadar mencuba
pengalaman" - Tok Yaman.
Bertanya tentang peralatan lain yang pernah digunakan Tok Yaman ketika aktif berburu dahulu, dia tidak lokek membuka simpanan lamanya yang terdiri daripada pemipit rusa, pemipit kijang dan penekut burung. Sekali ditiup mengikut caranya, alat-alat pemanggil haiwan dan unggas itu masih berbunyi nyaring.

"Pemipit rusa yang dibuat daripada daun nyalas ini kalau ditiup, rusa sejauh lima rantai pun boleh mendengar. Ia akan berlari deras mengejar bunyi ini. Selalunya yang datang ialah rusa betina. Tunggu apa lagi, kami tembaklah!" terangnya.

Bagi menunjukkan cara menangkap burung wak-wak, alat penekut itu ditiup oleh Tok Yaman. Alunan bunyi yang lunak itu boleh 'memukau' burung-burung berdada putih untuk mendekati jerat seumpama menyerah diri.

"Ada yang guna burung pemikat ataupun memasang racik. Tetapi alat-alat itu sudah diharamkan penggunaannya oleh pihak Perhilitan. Tentang penekut buluh ini pula, saya sudah tidak berani meniupnya," kata Tok Yaman sambil menggeleng kepala.

Cerita rusa tidak lut peluru
bukan lagi dongengan pemburu.
Apabila diajukan pertanyaan tentang reaksinya itu, suami kepada Rusmah Mohamad, 55, ini memberitahu bahawa ramai yang sudah takut hendak menggunakannya.

"Macam-macam boleh jadi. Orang yang biasa menggunakannya pun tahu. Panggilan bunyinya 'berhantu'. Kalau nasib tidak baik, bukan burung yang datang, tetapi kita diganggu jin dan syaitan."

Tok Yaman sempat membuka sebuah cerita lama, iaitu tentang dirinya yang pernah jatuh pengsan selepas 'berdendam' dengan seekor ayam hutan yang berkali-kali ditembak namun tidak mengena.

Ayam hutan pernah menyebabkan Tok Yaman jatuh
'pengsan' ketika hendak menyembelihnya.
"Ketika itu waktu Maghrib. Saya mahu pulang tetapi tetap inginkan seekor ayam hutan jantan yang masih belum dapat ditumpaskan. Saya terdengar ia berkokok tiga kali lalu menembaknya buat kali terakhir," ujarnya yang bergegas mahu menyembelih ayam seraya itu yang diyakini terkena peluru.

Tatkala mata pisau hampir menumpahkan darah ayam itu, Tok Yaman jatuh pengsan. Dia cuma sedar kemudian apabila abu bakaran bulu ayam hutan disapu ke mukanya oleh seorang pemburu lain. Dia mendapati dirinya sudah terbaring di dalam rumah. Ayam hutan itu pula tiada khabar tentangnya.

Selain ayam hutan, rusa juga menurut Tok Yaman bukan buruan yang mudah diimpi untuk dikongsi nikmat dagingnya di meja hidangan.

Kemungkinan, inilah jenis pistol Steven
yang dimiliki To Yaman.
Pada satu malam, dia bersama rakannya pernah menembak jatuh seekor rusa besar. Saat mahu disudahkan dengan syarat sembelihan, rusa itu bingkas bangun dan kembali berlari ke dalam hutan. Tok Yaman hanya terkebil-kebil tidak percaya.

"Pernah juga satu masa dulu saya menembak seekor rusa yang langsung tidak berganjak dari tempatnya. Tujuh das semuanya dilepaskan namun ia langsung tidak lari. Setiap kali ditembak, badan rusa itu mengeluarkan asap," imbasnya bersungguh.

Rusa yang sama diburu pada malam berikutnya. Seorang rakan yang tidak berpuas hati ingin menduga kemahirannya. Saat kelibat rusa itu dilihat di sekitar kawasan yang sama, rakan Tok Yaman bersedia untuk menjatuhkannya.

"Namun, setiap kali hendak menarik picu senapang, teman saya itu terasa seperti hendak sangat membuang air besar. Perkara yang melengahkan niat pemburu itu terjadi berulang kali sementara rusa itu sekadar memandang dari kedudukannya," kata Tok Yaman sedikit ketawa.

Akhirnya niat mereka hendak memburu dilupakan tatkala melihat seekor ayam hutan datang bertenggek di badan rusa itu. Ia berkokok seolah-olah memberi amaran.

"Itu petanda kurang baik. Kami pulang sahaja malam itu tanpa meneruskan hajat berburu," ceritanya.

Tok Yaman tidak berhenti membuatkan krew EKSTRA meremang bulu roma apabila bercakap tentang kisah selanjutnya.

"Saya bersama dua rakan sedang duduk di atas sebatang balak yang tumbang pada malam hari sambil menunggu kelibat haiwan buruan. Kami tiba-tiba merasakan suatu keanehan apabila mendapati batang balak itu bergerak perlahan ke samping.

"Apabila meraba tempat duduk kami, terasa seperti ia bersisik, lembut dan sejuk," ujarnya yang tidak dapat membayangkan betapa besarnya 'makhluk' itu, kalau benar ia menyerupai seekor ular.

Bagai hendak gugur jantung dibuatnya, mereka lari lintang pukang meninggalkan tempat itu. Peliknya, pada keesokan siang apabila tempat itu dituju semula, yang kelihatan hanyalah sebatang batang balak dan barang-barang milik mereka yang berselerakan.

"Sebenarnya setiap yang ada di hutan ada penjaganya. Kita perlu berwaspada dan tidak boleh lupa tujuan kita berburu. Bukan untuk berseronok atau bermegah, cukuplah untuk sekadar mencuba pengalaman," pesannya.

Meskipun semua cerita itu sudah berlalu dan peralatan seperti penekut, pemipit dan racik itu sudah tidak digunakan, Tok Yaman masih menjaga rapi dan menyimpan peralatan itu sebagai kenang-kenangan.

Semua itu akan selalu menjadi topik cerita yang merapatkan hubungan antara isteri dan anak cucu, saudara-mara atau kenalan Tok Yaman.

Pastinya mereka tidak jemu mendengar kembali kisah kerabat istana yang pemurah, rusa yang tidak lut peluru, serta batang balak yang bertukar menjadi ular besar.

Sumber: Kosmo Online

Tuesday 17 February 2015

Keindahan Santorini di malam hari

Waktu malam yang indah di Santorini, Greece. Pulau di Mediterranean terkenal seluruh dunia dengan poskad pemandangan menarik bandar-bandar atas cenuramnya dan rumah tradisional berwarna putih, terbina di tepi Santorini di Laut Aegean selatan.

Tetapi di waktu malam pulau ini yang dipenuhi dengan lampu, melenyapkan cahaya semula jadi langit malam. Beberapa kejadian persembahan menarik pandangan luar biasa langit penuh bintang di atas pulau semasa satu kegelapan serius.


Santorini by Night
from Babak Tafreshi on Vimeo.