Wednesday 30 April 2014

Makanan yang mampu memberi stamina

Kadang-kala anda akan berasa cepat penat atau letih ketika melakukan kerja atau pun ketika bersenam. Ini kerana badan anda mungkin tidak mempunyai stamina untuk anda kekal bertenaga untuk seharian.

Untuk kekal bertenaga, anda harus makan dan makanan memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia, ia merupakan sumber tenaga manusia untuk terus hidup dan berkerja di atas muka bumi tuhan ini, pun begitu pemilihan makanan yang salah boleh menyebabkan anda ditimpa sakit dan sekaligus boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda panduan untuk mengekalkan dan menambahkan stamina kepada badan anda.

Pisang

Pisang sangat popular dikalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera, ia juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Secara saintifiknya pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak. Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga dan mengekalkan stamina ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Soya

Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang.

Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian.

Goji

Nama Goji mungkin sedikit asing bagi kita rakyat Malaysia, pun begitu ia sangat popular di kalangan pengamal kesihatan. Goji merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif. Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren. Kesemua khasiat tersebut dipercayai mampu meningkatkan stamina badan dan membuatkan badan boleh bekerja dengan lebih aktif.

Daging

Daging terbahagi kepada banyak jenis, ada daging merah yakni dari sumber lembu, kerbau, kambing dan sebagainya, Daging putih pula daripada keluarga burung dan ikan, kesemua daging ini mempunyai kebaikanya tersendiri,pun begitu persamaan yang paling besar adalah kesemua jenis daging ini membekalkan keperluan protein yang baik untuk badan kita, protein ini bagus untuk tumbesaran otot dan mengekalkan tenaga seseorang, Daging merah juga mengandungi protein, zat besi dan zink yang penting untuk kesihatan badan. Jadi, bila mengambil daging, pilihlah daging tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan badan kita.

Bagi yang tidak berkempuan untuk membeli protein tambahan dari kedai, makanlah daging secukupnya, ia lebih menjimatkan.

Telur

Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi diantaranya protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan.

Di dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal America College Of Nurition orang yang mengambil telur ketika bersarapan akan berasa kenyang lebih lama dan pada akhirnya memilih makanan dengan jumlah kalori yang sedikit ketika makan tenghari tiba. Terbukti, Telur merupakan makanan yang baik untuk kita mengekalkan tenaga dalam badan dan hidup akan sentiasa ceria, tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan takut akan mendatangkan kesan sampingan pula.

Sumber: tupai.my

Wednesday 23 April 2014

Kebaikan air kacang soya

Pasti ramai yang suka minum air kacang soya bukan? Sedap dan menyamankan apabila setiap kali anda minum, malahan ia juga mempunyai banyak khasiatnya.

Tidak dapat dinafikan kebaikan air soya ini apabila sudah banyak penemuan saintifik yang membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan.

Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan ia juga jauh lebih murah daripada daging, susu ataupun telur, dan ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.

Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, iron dan fosforus, vitamin A, B, C, D serta lesitin yang boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu, manakala protein yang terdapat pada kacang soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

Kacang soya sangat baik dijadikan sebagai bahan bagi hidangan vegetarian dimana mudah dicerna kerana ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

Dengan mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, ia dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolestrol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat 'statins' tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan Rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati haid.

Lesitin yang terdapat dapat kacang soya juga dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit, manakala kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan juga dapat diperlahankan.

Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa kacang soya ini sememang kaya dengan pelbagai khasiat untuk tubuh badan anda, jadikan meminum air soya ini sebagai amalan seharian anda.

Sumber: Tupai.my

Thursday 17 April 2014

Audio: Pekerja PLUS kena maki... Adehhh!

SUDAH menjadi kebiasaan jalan raya di negara ini berada dalam keadaan sesak khususnya pada waktu puncak ketika orang ramai pergi dan pulang dari kerja.

Selain waktu berkenaan lalu lintas akan menjadi sesak ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali ketika orang ramai pulang ke kampung dari bandar.

Kita akui, ada sesetengah pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati dengan keadaan jalan raya khususnya ketika jalan sesak lebih-lebih lagi jika ia berlaku di lebuh raya.

Manakan tidak, penggunakan membayar dan bukannya lalu secara percuma. Sesetengah pemegang konsesi berperangai macam negara ni bapak mereka yang punya.

Di kala kesesakan pun mereka yang berpunca daripada cara kerja bodoh mereka, tetapi mengenakan caj tol yang sama.

Mungkin apa yang berlaku pada wanita yang memaki operator panggilan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) ini turut menderita akibat masalah yang sama iaitu kesesakan di lebuh raya berkenaan di sekitar kawasan plaza tol Seremban.

Rakaman audio perbuatan itu dimuat naik di laman video YouTube berdurasi selama 3.17 minit. Wanita itu tidak berpuas hati dengan keadaan jalan di kawasan itu yang sering sesak kadangkala berkilometer jauhnya.

Aku balik pukul sembilan, jem, aku balik pukul 11 jem, pukul berapa yang sepatutnya aku balik haa, bangsat,” kata wanita itu dengan nada yang betul-betul marah.

Dia yang mendakwa sering berulang dari Melaka turut menggunakan banyak kata-kata kesat serta mendakwa yang dia mempunyai anak dan dalam kesusahan ekoran penutupan sesetengah bahagian di lebuh raya itu untuk kerja pembaikan.

PLUS sepatutnya tidak boleh bersikap macam bangsat yang tamak duit. Kalau ada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan, rancang dengan teliti.

Dari 3 lorong jadi 1 lorong… sudah tentu sesak… lepas tu masih mengenakan caj tol yang sama… bodoh dan tamak kedua-duanya sekali.

Kalau tak boleh elak, cuba kurangkan caj tol dalam tempoh kesesakan berlaku, rasanya rakyat kita ramai yang faham konsep 'give and take'.

Hak kepenggunaan langsung tidak diberikan perhatian, majoriti persatuan pengguna pula macam dah dibeli… bersuara macam jurucakap kerajaan aje sepanjang masa… isu camni haram tak dengar sepatah pun kuar mulut.

Penulis tidak menyokong bahasa kasar yang digunakan wanita itu, tetapi akar umbi dan punca kemarahannya boleh difahami.

Samdol dalam pentadbiran PLUS mungkin tak faham dan rasa mereka raja di negara ini. Mentang la beli iklan sekali sekala kat media arus perdana, jadi media jenis tu pun tutup mulut dan tidak mahu laporkan kesukaran yang dialami pengguna.

Satu lagi, siapa yang melepaskan rakaman ini ke internet? Penulis yakin bukan wanita itu. Rasanya rakaman dipegang petugas PLUS. Ingat boleh raih simpati orang la kononnya lepas rakaman wanita tu memaki hamun PLUS?  Ini dah masuk dua kali bodoh kan.

Satu menyusahkan pengguna, kedua ala-ala nak balas dendam tapi salah strategi nampak.

Kepada pemandu wanita itu pula… andai kerap menggunakan jalan raya mungkin anda boleh menggunakan jalan biasa tidak bertol untuk mengelakkan kesesakan itu dan masuk semula di lebuh raya di Nilai sebelum terus ke Kuala Lumpur.

Zaman moden ini, banyak teknologi canggih seperti alat navigasi satelit (GPS) dan juga aplikas GPS komuniti iaitu Waze yang betul-betul boleh membantu.

Sumber: Mynewshub.my

Sunday 13 April 2014

Sentiasa tampil segar & bertenaga

Buah-buahan sebenarnya mampu dijadikan sumber untuk menyerlahkan penampilan disamping mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Malah rasanya yang manis dan harganya pula murah dan juga boleh menyempurnakan diet anda memandangkan ia mudah didapati. Oleh itu, gantikan makanan tidak berkhasiat seperti snek kepada buah-buahan.

Jenis-jenis buah-buahan yang boleh didapati adalah seperti tembikai, pisang, mangga, betik dan kiwi mempunyai khasiat-khasiat yang tertentu . Antara khasiat buah-buahan ini adalah vitamin C dan juga vitamin A. Buah-buahan yang mengandungi vitamin C dapat membantu anda memulih dan menambah tisu tubuh badan selain memantapkan sistem imunisasi. Vitamin C turut dapat mencerahkan kulit wajah.

Jika anda mempunyai masalah penglihatan seperti rabun terutamanya rabun malam, vitamin A adalah penawar terbaik. Kandungan dalam vitamin A dapat membantu memulihkan masalah penglihatan serta mampu melawan penyakit.

Jika anda tidak tahu bagaimana mahu memilih buah yang mempunyai vitamin A, pilih buah-buahan yang berwarna merah, oren atau kuning kerana kandungan Carotenoids di dalamnya mampu bertukar kepada vitamin A ketika proses penghadaman berlaku.

Manakala buah-buahan seperti nenas, avocado, kismis, epal, anggur dan limau mandarin mempunyai khasiat serat, potasium dan juga protein yang bagus untuk kesihatan. Serat membantu anda melawan penyakit kanser, menurunkan tahap kolestrol dan tahap gula dalam tubuh badan. Manakala protein pula adalah nutrisi yang terbaik untuk mengatasi masalah seperti keguguran rambut, pening kepala, kesukaran untuk tidur dan juga masalah kulit kering.

Potasium juga satu nutrisi yang baik untuk mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu dimana ia juga membantu menguatkan otot. Oleh itu, tambahkan buah-buahan yang mengandungi potasium dalam diet harian anda kerana ia juga mampu menyelesaikan simptom-simptom seperti tekanan darah tinggi, diebetis dan kelemahan memori.

Oleh itu makanlah buah-buahan segar yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan anda.

By Azwa Iela | Tupai

Sunday 6 April 2014

KLIA2: Hampir semua kehendak AirAsia dipenuhi, kecuali spa dan muzium

Datuk Azmi Murad.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beroperasi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu, KLIA2.

Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata syarikat penerbangan tambang rendah - yang enggan berpindah ke KLIA2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di KLIA2.

Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.

Azmi berkata pemindahan ke KLIA2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang.

Rabu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi  mengumumkan LCCT akan ditutup pada 9 Mei, namun AirAsia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan tidak bersetuju berpindah ke lapangan terbang baharu itu kecuali beberapa kehendaknya ditangani.

Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.

Menurut Azmi, MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan "kami sangat berpuas hati".

Berharga RM4 bilion, beliau berkata KLIA2, yang akan mengendalikan kira-kira  45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), "bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah."

Mengenai kebimbangan yang dibangkitkann oleh AirAsia dari segi keselamatan di KLIA2, Azmi berkata KLIA2 lebih selamat berbanding LCCT memandangkan ia akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA -- penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan IT bersepadu.

Beliau berkata AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual.

"Kita tidak boleh membandingkan KLIA2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional.

"Namun berdasarkan kapasiti penumpang yang besar yang dijangka dikendalikan oleh KLIA2, agak mustahil untuk beroperasi secara manual seperti dulu," katanya dan menambah sistem SITA memberikan kemudahan dari segi kesinambungan perniagaan dan fleksibiliti di kaunter-kaunter di KLIA2.

Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir, Azmi berkata kemudahan itu penting untuk penumpang -- terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak.

Ia juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.

Beliau berkata caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna. Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas, kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.

Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini.

Beliau berkata MAHB sentiasa menerima maklum balas daripada orang ramai supaya semua syarikat penerbangan menggunakan jambatan udara untuk keselesaan penumpang.

"Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna, dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.

"Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki, itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak, kami tetap sediakan (servis jambatan udara)," katanya sambil menambah, MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.

Berita mula diterbitkan pada: April 06, 2014 13:27 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go

Saturday 5 April 2014

AirAsia perlu pindah ke KLIA2 9 Mei ini - Najib

Perdana Menteri bersama Dato’ Sri Anifah Hj. Aman,
Menteri Luar dan Dato' Sri Mustapa Mohamed,
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri.
HANOI, 5 April (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia perlu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun kerajaan menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia mendengar dan berbincang dengan mereka sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung perpindahan itu.

"Sebagai sebuah kerajaan kita perlu meneliti apa sebab kalau ada perkara yang mereka (AirAsia) fikir keberatan untuk berpindah tetapi yang saya mahu tekankan adalah dialog mereka dengan pihak kerajaan iaitu MAHB untuk mencari penyelesaian di atas kepentingan bersama.

"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu dilihat macam 'arrogant statement' (kenyataan berbaur angkuh) tapi kalau mereka kata mereka ada sebab dan mereka mahu berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu adalah lebih sesuai lagi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain-pemain industri Malaysia dan Vietnam, di sini Sabtu.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam yang berakhir hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan syarikat penerbangan itu baru-baru ini yang enggan berpindah ke KLIA2 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), ekoran kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.

Perdana Menteri berkata sepatutnya syarikat itu perlu mengemukakan sebarang kemusykilan dan masalah mereka tentang perpindahan itu pada peringkat awal dan bukannya pada peringkat yang mana KLIA2 sudah siap.

"Sekarang KLIA2 dah hampir siap, kita tidak boleh berpatah balik dan mereka (AirAsia) tidak boleh mengatakan 'kita tidak mahu berpindah' kerana mereka perlu berpindah ke sana," katanya.

Najib berkata kerajaan telah pun melantik jururunding bebas iaitu Ikram Premier Consulting untuk menilai tahap keselamatan KLIA2, dan apabila jururunding berkenaan telah membuat keputusan secara objektif, maka semua pihak perlu menerima.

Sumber BERNAMA 5/04/2014