Wednesday 31 July 2013

Selamat Hari Pahlawan

Hari Pahlawan disambut oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia setiap tahun, bermula daripada Ogos 1968.

Sempena memperingati wira-wira negara yang telah terkorban demi mempertahankan keamanan, keselamatan, kemerdekaan dan kedaulatan negara, Kelab Menembak Gagak Daerah Klang Utara, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada semua anggota Polis dan Tentera walau di mana sahaja anda berada.

Jasa baktimu dikenang sentiasa hingga ke akhir hayat.

Tuesday 30 July 2013

Tahukah Anda: Belajar dari Burung Gagak

Dipercayai sebagai burung pembawa nasib malang, ternyata banyak hal yang boleh kita pelajari dari burung gagak. Apa saja manfaat yang boleh kita tarik dari 'burung tukang sihir' ini?

1. Kerjasama sepasukan

Burung gagak merupakan haiwan sosial. Mereka selalu mencari makanan secara berkelompok dan terorganisasi.  Mereka juga tidak segan-segan saling berbagi makanan.

2. Kawanan

Ketika satu burung gagak terluka maka gagak yang lain akan datang membantu, bahkan terkadang boleh puluhan gagak berkumpul untuk menolongnya. Hal ini menunjukkan semangat kebersamaan dan merupakan kunci kejayaan dari spesies ini untuk bertahan.

3. Berkongsi maklumat

Setiap petang hari gerombolan gagak akan berkumpul bersama dan berkongsi maklumat tentang apa yang mereka alami sepanjang hari. Dengan saling bertukar maklumat, para gagak akan memberitahu di mana letak sumber makanan berpotensi untuk kelompoknya.

4. Etika

Gagak selalu terlihat sebagai haiwan yang licik dan mencuri dari mahkluk lain, namun ternyata mereka memiliki standard etika yang tinggi di kelompoknya. Jika seekor gagak tidak berbahagi tentang maklumat dan makanan dengan sesamanya, maka sang gagak akan mendapatkan hukuman. Hukumannya adalah gagak lain akan menggunakan cakar dan paruhnya untuk membuat sang gagak kedekut menjadi kesal.

5. Keberanian

Jika kebanyakan burung mendekati manusia dengan tidak terlalu memperlihatkan keberadaannya, maka berbeza dengan burung gagak. Burung satu ini boleh dengan berani mendekati manusia untuk memeriksa apakah ada makanan yang dibawa, malah pernah terjadi seekor gagak mencuri makanan dari tangan manusia.

Dibandingkan dengan burung rajawali dan helang, burung gagak memang memiliki ukuran yang kecil. Walaupun demikian, tidak menyurutkan niat mereka untuk mencuri dari cakar kedua burung besar tersebut.  Jadi walaupun ukurannya kecil atau kelompoknya kecil, mereka selalu boleh berperilaku lebih baik dibandingkan ukuran mereka. Jika mereka percaya bahwa hal itu mungkin terjadi maka akan terjadilah.

6. Suka mandi

Pendapat awam mengatakan bahwa burung gagak adalah burung hitam legam yang menakutkan. Namun dibalik warnanya yang terlihat sangat hitam tersebut, ternyata memiliki sekumpulan warna berbeda seperti warna ungu, hijau, biru dan lain-lain. Bahkan, burung gagak ternyata sangat rajin membersihkan dirinya.

7. Kemampuan otak

Burung gagak terkenal sebagai satu di antara haiwan yang pintar di dunia. Mereka mampu mengingat beberapa hal sangat baik dan bahkan memiliki kemampuan menyusun suara yang bagus setara dengan kemampuan bahasa manusia primitif. Kemampuan ini digunakan untuk dapat sukses bertahan di lingkungannya.

Dalam serangkaian percobaan yang dilakukan di Utsunomiya University, burung itu berhasil memilih bekas yang menyimpan makanan dengan jumlah tertinggi. Burung itu berhasil mengenali nombor yang tertera pada tutup bekas tersebut. Percobaan ini melibatkan delapan gagak hutan dan dua bekas yang telah ditandai dengan simbol angka pada tutupnya, masing-masing "dua" dan "lima." Kedua bekas tertutup itu ditempatkan dalam kandang di mana hanya bekas "lima" yang berisi makanan.

Hasilnya, burung-burung gagak mampu mengambil kotak yang benar. Shoei Sugita, seorang profesor morfologi haiwan, mengatakan jumpaan ini menunjukkan jika gagak memiliki kemampuan kognisi angka yang sama dengan manusia.

Sumber: Jadiberita.com

Friday 26 July 2013

Pasukan khas mampu tangani jenayah senjata api - KPN

Facebook Rasmi Polis DiRaja Malaysia.
Kota Bharu 24 Julai - Polis yakin pasukan khas ditubuhkan berkesan bagi membanteras jenayah membabitkan senjata api yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil penubuhan pasukan berkenaan, beberapa kes melibatkan jenayah itu telah berjaya diselesaikan sebelum ini.

"Kita telah pun memperoleh kejayaan baru-baru ini dengan menyelesaikan kes jenayah ini dan insya-Allah saya rasa pasukan khas ini akan terus membantu dalam menangani masalah kes senjata api di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melawat anggota trafik, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman.

Khalid berkata demikian ketika mengulas mengenai jenayah senjata api yang kerap berlaku di negara ini sejak akhir-akhir ini.

Pada 21 Julai lalu, dua lelaki berusia 29 tahun dan remaja berusia 15 tahun ditahan selepas polis menemukan tiga pucuk pistol dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.

Siasatan percaya mereka menjalankan kegiatan menyewakan senjata api berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, polis masih memburu pihak yang bertanggungjawab mengedarkan surat layang kononnya kumpulan pengganas Kiram akan memasuki Sabah pada bulan depan untuk membalas dendam sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat.

Beliau turut memberi amaran kepada kepada pihak terlibat supaya berhenti daripada terus menyebarkan khabar angin kerana boleh menggusarkan masyarakat khususnya mereka yang tinggal di Sabah.

"Perkara itu tidak benar, kita akan tahu kalau ada cubaan untuk pihak musuh masuk ke negara ini kerana kita sentiasa cukup kekuatan di sana dari aspek darat, udara dan laut.

"Kita ada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang sentiasa bersiap-siaga pada tahap optimum bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Pihak keselamatan yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pun sudah cukup bersedia dalam memastikan keadaan keselamatan di Pantai Timur Sabah itu terjamin," katanya.

Arkib Utusan Malaysia 25/07/2013

Wednesday 24 July 2013

Tertembak alat sulit di dalam hutan

Triple Barrel Rifle/Shotgun - Sportinglodge 378a. Gambar hiasan.
Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

SIMUNJAN – Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia ditemui masih bernyawa walaupun alat sulit, perut dan tangan kirinya cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ekoran itu, senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.

“Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera.

“Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya. Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Kosmo Online 25/07/2013

Tuesday 23 July 2013

Makan mata burung gagak untuk jadi cantik di Indonesia

Tetapi bagaimana jika kecantikan yang dimiliki diperoleh melalui cara-cara yang cukup mengerikan seperti yang diamalkan oleh sesetengah wanita di Jakarta kini.

Di Jakarta, fenomena untuk menjadi cantik dengan menggunakan cara yang bertentangan norma kemanusiaan dan agama semakin berleluasa.

Kali ini, akan memaparkan mengenai gelagat sesetengah wanita di kota itu mencantikkan diri mereka.

Apa yang dipaparkan di sini, walaupun mengerikan tetapi adalah satu hakikat dan didedahkan oleh beberapa media di Indonesia.

Cara yang dimaksudkan itu ialah dengan menggunakan darah binatang seperti burung hantu dan ayam hitam, manakala lebih nekad daripada itu ada pula yang menggunakan khidmat makhluk halus.

Bagaimanapun berdasarkan kepada pengakuan beberapa orang yang menggunakan cara tersebut, tindakan mereka akhirnya membawa kesengsaraan kepada diri sendiri.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita, Nurhayati atau Yati, 40, yang kini menetap di Cianjur, Jakarta Selatan. Walaupun sudah memiliki wajah yang sudah cantik namun dia tidak puas.

Dalam pengakuannya kepada sebuah media, Yati berkata, segala-galanya bermula apabila dia berhasrat untuk mencantikkan lagi wajahnya.

"Oleh itu saya pergi menemui seorang dukun kecantikan pada malam Jumaat. Di rumah dukun itu saya dimandikan dengan bunga tujuh jenis di sebuah pancuran buluh dalam keadaan bogel," katanya.

Yati mengakui dia melakukan perbuatan tersebut kerana sudah dikuasai nafsu untuk menjadi isteri orang kaya dan hidup senang.

Tepat pukul 12 tengah malam pada hari itu, si dukun berkenaan pun menyembelih tiga ekor burung hantu di mana darahnya dimasukkan ke dalam periuk.

Selepas itu Yati disuruh melumurkan seluruh tubuhnya dengan darah burung hantu berkenaan termasuk bahagian kemaluannya. Ternyata sekali dukun yang ditemui oleh Yati adalah dukun ilmu hitam.

Selama dua jam, Yati disuruh duduk bersila dalam keadaan berbogel manakala si dukun membaca mantera. Selepas itu Yati diarahkan memakai baju tanpa membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Keesokan harinya, Yati diberitahu bahawa dirinya telah dimasuki jin wanita. Makhluk halus itu akan membuat dirinya lebih cantik dan setiap bulan mengambang dia harus menyediakan makanan untuk makhluk berkenaan.

Sememangnya hukum Allah pasti datang kepada mereka yang menyekutukan-Nya.

Walaupun berkahwin Yati tidak dikurniakan anak, malah dukun yang merawatnya juga sudah meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.

Yati sendiri mula menerima pembala
san terhadap perbuatannya. Dia kini bukan lagi seorang isteri kepada seorang pengusaha kaya tetapi seorang 'nenek tua' yang keadaannya menakutkan.

Ini kerana kulitnya menjadi kerepot dan berbintik-bintik manakala biji matanya pula mulai tersembul keluar seperti burung hantu.

Dia tidak dapat keluar menemui orang lain kerana keadaan dirinya itu.

"Saya lebih senang di sini (di rumah) sambil mendekatkan diri kepada Tuhan bagi menebus dosa-dosa yang pernah saya lakukan," katanya.

Namun begitu apa yang dialami oleh Yati tidak pernah menginsafkan sesetengah wanita Indonesia. Mereka tetap memilih cara yang salah untuk mengekalkan atau menampakkan diri mereka cantik.

Seorang paranormal di Cipinang, Jakarta Timur, Erlangga menceritakan bagaimana dia menggunakan darah ayam hitam untuk mengekalkan kecantikan seseorang.

"Mereka yang menjalani rawatan ini pasti akan terpelihara kecantikannya hingga banyak orang tertarik kepadanya," dakwanya.

Menurut Erlangga, cara yang dilakukan olehnya sangat mudah dan cepat diperoleh hasilnya.

"Apa yang saya lakukan ialah dengan mengambil darah melalui jari manis mereka yang ingin cantik. Darah itu kemudian dicampurkan dengan darah ayam hitam dan dibuang ke Laut Selatan pada setiap malam Jumaat," katanya.

Erlangga mendakwa, cara yang dilakukan itu boleh memberi kesan kecantikan selama tiga tahun atau seumur hidup.

Mungkin sudah sifat wanita hingga ada di antara mereka yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-cita hendak cantik terkabul.

Seorang pengamal spirituil di Jakarta Pusat, Suherman, 36, mengakui bahawa dia pernah menyuruh seorang wanita memakan sepasang mata burung gagak hitam pada malam Jumaat.

Wanita berkenaan menuntut ilmu pengasih yang menyebabkan mana-mana juga lelaki yang melihatnya pasti akan mengajak dia bernikah.

Namun kesudahannya ilmu itu memakan dirinya kerana wanita tersebut merasa resah. Dia akhirnya mengalami tekanan jiwa kerana terlalu banyak lelaki yang mengajak dia berkahwin.

Wanita itu kemudian menemui Suherman dan memaparkan masalahnya. Suherman berjanji akan membuang ilmu pengasih yang dipakai oleh wanita tersebut dengan syarat dia harus bertaubat.

"Rawatan yang saya berikan itu akan memulihkannya kepada keadaan sediakala, hanya wanita itu terpaksa menanggung risiko tidak akan mempunyai zuriat," katanya.

Suherman berkata, dia kemudian menyuruh wanita itu mencarikan dua ekor burung gagak hitam jantan. Pada satu malam Jumaat, burung berkenaan disembelih dan matanya diambil.

"Wanita itu harus memakan mata burung tersebut bagi menghapuskan ilmu hitam yang sudah menguasainya dan saya juga mengingatkan dirinya supaya segera bernikah dan hiduplah di jalan Allah," katanya.

Sebulan selepas menjalani rawatan itu, tubuh wanita berusia 28 tahun itu kembali cantik seperti sedia kala.

"Keistimewaan rawatan ini ialah wanita yang menjalaninya akan kelihatan menggiurkan tetapi lelaki seolah-olah tidak tertarik untuk melakukan perbuatan tidak senonoh ke atasnya," kata Suherman.

Sementara itu, seorang lagi paranormal, M. Sulaiman pula menjelaskan, terdapat pula wanita di Jakarta yang sanggup mencantikkan diri mereka dengan menggunakan makhluk halus.

"Mereka ini akan pergi mengambil ilmu-ilmu berkenaan di luar Jakarta seperti di Jawa Timur terutama di pantai Popoh," katanya.

Di situ menurut Sulaiman, wanita yang berminat akan menjalani satu upacara yang menggunakan seekor ayam hitam dan upacara ini dikendalikan dalam bahasa Bali oleh penjaga pantai tersebut.

"Biasanya setelah melakukan upacara ini si wanita tadi akan mendapat mimpi yang berbentuk wasiat. Ada wasiat yang melarang wanita itu bersetubuh dengan suaminya, ada yang diwajibkan berzina dengan lelaki lain dan pula disuruh menyiapkan hidangan," katanya.

Namun menurut Sulaiman, mereka yang mengamalkan ilmu ini tidak akan bertahan lama. Ketika mencecah usia 45 tahun mereka akan meninggal dunia atau sakit-sakit.

"Tindakan seperti ini sudah sah adalah satu dosa besar yang tidak diampuni oleh Allah," katanya.

Di daerah pergunungan Dieng, Jawa Timur terdapat pula satu ilmu kecantikan yang amat pelik syaratnya. Wanita yang ingin cantik harus mencari darah anak teruna.

Atau jika mereka ingin lebih cantik mereka harus mampu tidur dengan 21 lelaki dalam waktu 21 hari.

Demikianlah kisah mengenai kegilaan sesetengah wanita di Jakarta. Mereka bukan sahaja tidak bersyukur dengan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah malah sanggup menyekutukan-Nya.

Semoga apa yang dipaparkan di sini akan menjadi teladan kepada kita semua bahawa jangan mengikut hawa nafsu dalam melakukan sesuatu perbuatan kerana ia adalah hasutan syaitan.

Sesungguhnya apa yang diciptakan oleh Allah itu sudah cukup sempurna justeru bersyukurlah kepada-Nya. Ingatlah kecantikan seseorang bukan terletak kepada wajahnya tetapi tingkah laku dan budi pekertinya. - MINGGUAN.

Arkib Utusan Malaysia : 01/10/2000

Monday 22 July 2013

Bila monyet mendapat AK-47!

Video bodoh dari tentera Afrika yang memberikan monyet senjata AK-47.

Video di Youtube tentang monyet boleh menembak setelah seorang tentera Afrika memberikannya sepucuk AK-47 (Avtomat Kalashnikova).

Akhirnya para tentera menjadi kucar-kacir, tidak menyangka si monyet ternyata boleh menggunakan senjata AK-47 tersebut.

Setidaknya video ini sudah ditonton sebanyak melebihi 29 juta kali!

Sunday 21 July 2013

TTDI mahu 'perangi' gagak

Gagak tidak disukai kerana sifatnya yang
pengotor dan juga membawa penyakit.
Ia digelar si hitam pengotor, pembawa penyakit dan macam-macam lagi. Jika burung-burung lain sering dipuja atau sekadar menjadi belaan para peminatnya, burung berwarna hitam pekat itu menerima nasib yang berbeza. Gagak diburu kerana dianggap pencemar imej ibu negara.

Semuanya kerana sifat survival burung itu yang bergantung kepada sisa buangan, bangkai dan sampah sarap. Tumbuhan dan buah-buahan juga, walaupun ia sudah busuk atau mereput, turut menjadi pilihan gagak.

Tabiat itu menyebabkannya menyelongkar kawasan pembuangan sampah, tong sampah atau karung sampah yang tidak diikat dengan kemas untuk memenuhi keperluan pemakanannya.

Paling utama, kewujudannya yang tidak dialu-alukan itu turut menimbulkan rungutan kepada orang ramai, khususnya dalam kalangan penduduk sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur di sini.

Kesan pencemaran yang dilakukan kumpulan gagak itu boleh dilihat di mana-mana, bermula dari kawasan perumahan sehinggalah ke kawasan komersial termasuk di belakang lorong-lorong premis perniagaan.

Menyedari perkara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi menembak gagak di sekitar kawasan TTDI baru-baru ini dengan tujuan mengurangkan populasi gagak dan masalah lain yang berpunca daripada haiwan itu.

Ia merupakan operasi pertama tahun ini, selepas beberapa siri operasi yang sama dilakukan di sekitar Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu.

Banyak aduan

Ketua Operasi, Abdullah Said berkata, operasi itu merupakan satu langkah DBKL bagi mengurangkan bilangan gagak di kawasan berkenaan.

Operasi menghapuskan gagak oleh pihak DBKL
turut memerlukan kerjasama orang ramai
untuk menjaga aspek pengurusan sampah.
Menurutnya, walaupun langkah itu tidak dapat menghapuskan populasi gagak secara total tetapi ia merupakan satu cara yang berkesan untuk mengurangkan bilangan gagak.

“Kami menerima banyak aduan mengenai bilangan gagak yang banyak sekali gus ia membawa masalah kerana spesies burung ini membuat kotor dan meninggalkan najis di merata-rata tempat.

“Pada masa yang sama, bunyi bising kumpulan burung itu juga sering mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.

Dalam operasi selama tiga jam bermula dari pukul 5 petang sehingga 8 malam itu, kira-kira 100 ekor gagak berjaya ditembak oleh sembilan kakitangan dari Jabatan Kesihatan dan Penguatkuasaan DBKL.

Abdullah berkata, sebelum ini pelbagai cara lain telah digunakan dalam usaha untuk menghapuskan gagak seperti menggunakan jaring elektrik tetapi menembak merupakan satu cara yang paling berkesan.

“Sebelum operasi ini dijalankan kami telah melakukan pemantauan selama beberapa hari dan mengenal pasti beberapa lokasi yang menjadi sarang pembiakan dan laluan burung itu.

“Keselamatan orang ramai sentiasa menjadi keutamaan kami, kita berterima kasih kepada orang ramai kerana memberikan kerjasama sekali gus memastikan operasi berjalan lancar,” ujarnya yang memberitahu kesemua gagak yang ditembak itu akan dilupuskan serta-merta.

Seorang penduduk, Mohd. Syahril Sallih, 28 berkata, dia rimas dengan kehadiran gagak yang jelas mencemarkan imej TTDI.

“Selain jumlahnya yang agak banyak, kadang-kadang ia turut menyelerakkan tong sampah sehingga menyebabkan sampah sarap bertaburan di atas jalan raya.

“Saya harap, DBKL dapat membuat operasi dengan lebih kerap untuk mengurangkan populasi gagak bagi mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Bagi seorang peniaga, Low See Weng, 35, kawasan di TTDI sering menjadi tempat burung gagak mencari makanan, kerana kepadatan penduduk di sekitarnya.

“Di sini banyak kawasan perumahan dan premis perniagaan. Pada masa yang sama, ia diburukkan lagi dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan soal kebersihan dengan membuang sampah merata-rata.

“Bagi saya, kedua-dua pihak, DBKL dan masyarakat, perlu memainkan peranan mereka. Jika bandar raya kita sentiasa bersih, saya pasti masalah burung gagak tidak akan timbul,” ujarnya.

Arkib Kosmo Online 27/01/2011

Friday 19 July 2013

Jalan Serampang banyak gagak

Saya bosan dengan masalah burung gagak yang banyak terdapat di Jalan Serampang, Johor Bahru.

Bunyinya seakan-akan remeh, namun kehadiran burung tersebut kadangkala menimbulkan kemarahan pemandu kenderaan terutama pada waktu petang.

Ini kerana pada waktu tersebut, kebanyakan burung gagak itu telah pulang ke pokok dan yang menjadi masalahnya apabila ia terberak dan najisnya terkena pada kenderaan.

Bayangkanlah jika setiap hari saya yang terpaksa melalui jalan tersebut, pasti kereta saya akan dipenuhi dengan najis burung tersebut.

Saya difahamkan pihak berkuasa ada juga mengambil tindakan menembak burung tersebut.

Namun, kesannya hanya seketika memandangkan operasi yang dilakukan itu hanyalah sekali-sekala menyebabkan burung itu kembali.

Saya berharap agar pihak berkuasa mengadakan lebih banyak operasi menembak burung gagak tersebut pada masa akan datang.

- Anti Gagak

Arkib Utusan Malaysia 4/05/2010

Wednesday 17 July 2013

Tupai pertahan bangkai rakan

Klip di laman YouTube menunjukkan seekor tupai
melindungi bangkai rakannya.
LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.

Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.

Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 9 juta penonton!

Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.

Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.

Tupai itu kemudian berdiri dan di lihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi
Arkib Kosmo Online: 28/04/2010

Tuesday 16 July 2013

Gagak ditembak, lembu ditangkap

Kota Tinggi 16 Jun - Sejumlah 323 ekor burung gagak ditembak dalam satu operasi bersepadu di taman perumahan, pasar awam, terminal pengangkutan awam dan stadium mini di bandar ini mulai 6 petang hingga 7.30 malam kelmarin.

Operasi yang diketuai Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Mashudi Sengarah itu membabitkan 60 petugas dan sukarelawan pelbagai agensi kerajaan termasuk Rela, polis dan Perhilitan.

Mashudi berkata, sebanyak 24 laras senapang digunakan menggunakan peluru penabur yang dikendalikan oleh 19 anggota Rela dan tiga pegawai Perhilitan serta seorang sukarelawan.

Menurutnya, operasi itu adalah yang pertama diadakan oleh pihaknya berikutan populasi unggas itu semakin bertambah sejak 2006.

Pihak MDKT sebelum ini banyak menerima aduan daripada penduduk mengenai kehadiran banyak burung gagak yang menyelongkar tong sampah dan menyelerakkan sampah-sarap terutamanya di sekitar pasar Taman Kota Jaya di sini.

Mashudi memberitahu, MDKT mengambil langkah pencegahan awal dengan mencantas pokok besar di sekitar taman perumahan itu yang menjadi habitat burung tersebut selain menggiatkan kempen menjaga kebersihan, cara pembungkusan dan aspek pelupusan sampah kepada penduduk.

Menurutnya, MDKT turut menjalankan operasi menangkap lembu liar di kawasan Tanjung Sedili dalam masa terdekat ini berikutan aduan yang diterima mengenai haiwan itu yang berkeliaran merosakkan tanaman, menghalang lalu lintas dan mengotor kawasan pekan itu dengan najis.

"Sepanjang tahun lalu MDKT telah menjalankan tujuh siri operasi menembak anjing liar dan baru-baru ini bersama pihak polis kita menurunkan iklan haram terutama iklan peminjam wang tak bertanggungjawab yang diletak di papan tanda jalan," katanya.
Arkib Utusan Online 17/06/2009

Monday 15 July 2013

Program PDRM bersama pelanggan & pembaharuan lesen senjata api

Program PDRM bersama pelanggan.
Program PDRM bersama pelanggan & pembaharuan lesen senjata api oleh IPD Keningau.

Pada 22.6.2013 (Sabtu), Program PDRM Bersama Pelanggan telah dilaksanakan berserta Program Pembaharuan Lesen Senjatapi di Padang Kawad IPD Keningau.

Sumber: Facebook IPD Keningau

Proses pembaharuan lesen senjata api awam.
Selesai program pembaharuan lesen senjata api awam.

Sunday 14 July 2013

Ujian Tembak Senjata Api Awam 2013 IPD Yan

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Lapang Sasar, Insp Mohd Faizal -
 KBKA/KTD di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang.
Bertarikh 21 dan 22 Mei 2013 telah diadakan latihan / Ujian Menembak Pemilik Senjata api Awam bagi Daerah Yan di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang, Kedah.

Seramai lebih kurang 200 pemilik senjata api awam IPD Yan telah hadir menjalani ujian ini yang bertujuan menambahkan kemahiran dari segi teknik menembak dan pengendalian senjata.

Selain itu adalah bagi memastikan senjata api dapat berfungsi dengan baik. Semasa ujian dijalankan langkah keselamatan amat dititik beratkan terutama kepada pemilik yang lanjut usia dan masalah kesihatan.

Syukur Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan baik, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Jurufoto & Sumber : Kpl Abu (HEA), IPD Yan.
Petugas bantuan teknikal, di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang.
Proses pendafaran peserta Ujian Kemahiran Menembak.
Walaupun penat, kerja kena 'happy' juga.
Urusetia Wanita tunggal (serba boleh), Hazila Halim di Lapang Sasar.
Peserta bersedia di permulaan, taklimat akhir diberikan anggota bertugas.
Ujian menembak bermula di bawah pengawasan anggota bertugas.
Menukarkan kertas sasaran bagi peserta seterusnya.
Ujian menembak diteruskan untuk kumpulan seterusnya.
Sebagai langkah keselamatan, pemilik senjatapi ini adalah bekas anggota
Home Guard semasa darurat di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang.
Ketua Pembantu Tadbir IPD Yan, Tn. Hj. Adzmi, membidik
sasaran di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang.
Begitu tekun Ustaz Sollehudin Pak Leh mengira markah,
di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang.
Ujian menembak diteruskan untuk kumpulan terakhir.
Hadiah disampaikan kepada para pemenang.
Bersama Pengawai Lapang Sasar, Insp Zul Hairey pada hari
kedua 22/05/2013 di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang.
Setiap peserta diberikan 5 butir peluru 'buckshot' untuk menembak sasaran.
Sebahagian peserta di hari kedua menunjukkan kehebatan menembak sasaran.
Bantuan First Aid kepada salah seorang peserta kerana luka di tangan.
Pengiraan markah sedang dijalankan bagi menentukan pemenang.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Inspektor Zul Hairey
di Lapang Sasar PDRM, Bukit Jambul, Pendang.

Saturday 13 July 2013

Ujian Kemahiran Menembak IPD Hulu Terengganu

Lapang Sasar RELA Asaspor Kemat.
Pada 19 - 21 Mei 2013 yang lalu, bertempat di Lapang Sasar Kem RELA Asaspor Kemat telah diadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Api Awam dan RELA, IPD Hulu Terengganu.

Pada 16 Jun 2013 pula, satu Majlis Penyampaian Hadiah Ujian Kemahiran Menembak Senjatapi Awam dan RELA peringkat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Perkarangan Pejabat Pengangkutan IPD Hulu Terengganu yang disempurnakan oleh DSP Mohd Ismail Bin Muslim, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu.

Upacara tersebut telah dihadiri oleh semua peserta yang mengambil bahagian pada 19 - 21 Mei 2013 yang lalu. Syabas kepada mereka yang telah berjaya membawa pulang hadiah.

Selepas majlis penyampaian hadiah, diteruskan pula pemeriksaan senjata api dan pembaharuan lesen senjata api awam bagi kawasan pentadbiran Balai Kuala Berang. Bagi Balai Ajil pula pemeriksaan telah di adakan pada 18 Jun dan seterusnya Balai Telemong pada 20 Jun 2013 lalu.

Sumber Facebook IPD Hulu Terengganu

Para pelesen menghadiri Ujian Menembak.
Ujian menembak dijalankan di bawah pengawasan anggota bertugas.
Salah seorang peserta sedang diawasi anggota bertugas.
Para petugas mengambil dan menggantikan helaian sasaran.
Peserta diberikan 5 butir 'buckshot' setiap seorang.
Kesan 'tendangan' senjata dapat dirasakan selepas tembakan.
Sedang membidik sasaran.
Salah seorang peserta selesai membidik sasaran.
Pengiraan markah sedang dijalankan oleh anggota bertugas.
Proses pengiraan markah dilakukan dengan cukup teliti.
Para peserta menanti giliran masing-masing.
Para anggota yang bertugas di hari tersebut.
Para peserta Ujian Menembak diberikan Sijil Penyertaan.
Anggota Polis Wanita yang ceria menjalankan tugas.
Selesai proses Ujian Menembak.
Para pelesen di Majlis Penyampaian Hadiah Ujian Menembak.
Hadiah-hadiah lumayan disediakan menanti para pemenang.
Tahniah! Pemenang tempat Pertama menerima hadiah daripada
DSP Mohd Ismail Bin Muslim, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu.
Selepas majlis penyampaian hadiah, diteruskan pemeriksaan senjata api
diikuti pembaharuan lesen senjata api awam pentadbiran Balai Kuala Berang.