Thursday 31 October 2013

Happy Diwali

Selamat menyambut Deepavali (juga disebut sebagai Depawali, Dipavali, Dewali, Diwali, Divali, Dipotsavi, Dipapratipad) kepada semua yang meraikannya walau di mana anda berada.

Wishing Happy Diwali to everyone!
Deepavali Vaalthukal!! Shubh Diwali!!

Monday 28 October 2013

Zombie Car - Kereta yang dibuang pemiliknya ini ditumbuhi tumbuhan liar di China

Lazimnya, sesebuah kenderaan yang ditinggalkan atau dibuang oleh pemiliknya, sudah pasti tidak akan bertahan lama malah akan menampakkan tanda-tanda rosak seperti karat, berlumut dan beberapa komponen akan di ambil orang.

Namun di China, kenderaan yang ditinggalkan oleh pemiliknya ini secara keseluruhannya telah diliputi oleh tumbuhan liar sehingga mereka yang tinggal di kawasan tersebut tidak mengetahui bahawa di sebaliknya adalah sebuah
kenderaan. Nak tahu dengan lebih lanjut, mari lihat di bawah ni..

Satu kejadian yang cukup unik telah berlaku di bandar Chengdu yang terletak di Wilayah Sichuan, China. Sebuah kenderaan yang telah ditinggalkan begitu saja oleh pemiliknya kini akhirnya telah diliputi oleh tumbuhan liar.

Seperti dilaporkan Car News China, Rabu 23 Oktober 2013, kebanyakkan penduduk sekitar tidak menyangka di sebalik tumbuhan memanjat
yang besar itu adalah sebuah van yang sudah 'dibuang' pemiliknya, sekitar satu tahun yang lalu.

Kenderaan itu sengaja diletakkan di hadapan kompleks apartmen berkenaan. Oleh kerana ia sudah lama tidak digunakan, keadaan kenderaan itu kelihatan sangat tidak terurus, lebih parah, seluruh badan van tersebut diliputi tumbuhan liar.

Pemandangan yang tidak enak itu membuatkan
penduduk setempat berasa curiga. Mereka akhirnya memutuskan untuk menghubungi pihak polis untuk memeriksa kenderaan dan menyiasat siapa pemilik asal  "Zombie Car" itu.

Polis yang datang ke lokasi berkenaan turut berasa hairan apabila melihat keadaan "Zombie Car" itu. Tumbuhan liar berduri yang meliputi kenderaan itu sangat tebal, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mengecam jenama van berkenaan.

Pihak polis akhirnya memutuskan untuk menyita dan menarik van itu ke balai polis. Hasil siasatn lanjut, pihak polis berjaya menemui pemilik asal kenderaan berkenaan. Pemiliknya mengaku telah menjual kenderaan tersebut kira-kira tiga tahun lalu, tapi terlupa siapa yang membelinya.

p/s: Kalau biar lama lagi, entah-entah tumbuh pokok pulak apa..

Sumber : The Mirror

Wednesday 23 October 2013

Pengangkut pesawat terbaru Amerika diapungkan

Pengangkut pesawat terbaru Amerika Gerald R. Ford (CVN 78).
Menarik dan tercanggih, kapal pengangkut pesawat terbaru Tentera Laut Amerika, Gerald R. Ford (CVN 78), di Dok Kering 12, Newport News Shipbuilding, diapungkan buat kali pertama pada 11 Oktober 2013 yang lalu.

Image © Tentera Laut Amerika Syarikat oleh Pakar Komunikasi Massa Kelas 1 Joshua J. Wahl / dikeluarkan.

Imej © oleh © U.S. Navy melalui Flickr.
Pengangkut Pesawat, George Washington membentuk formasi ketika belayar.
Saiz Bow Pengangkut Nuklear terbaru Tentera Laut, Gerald R. Ford (CVN 78).
Gerald R. Ford (CVN 78) di Dok Kering 12, Newport News Shipbuilding.
Susan Ford Bales melihat PCU Gerald R. Ford.
USS Carter Hall menjalankan pengisian semula di laut.
Sumber : Kinja

Saturday 19 October 2013

Perampas motor berakhir tragis di Sao Paulo, Brazil

Penjahat memintas di persimpangan.
Seorang penunggang motor menghadapi pencuri di sebuah persimpangan jalan di Sao Paulo, Brazil. Tapi itu baru awal cerita, ketika pencuri memaksa untuk mengambil motor menggunakan senjata dan mengacukannya ke penunggang motor.

Setelah berhasil memaksa, penjahat ini cuba mengambil motor, entah lebih tepat disebut rampasan. Perampas motor atau perompak yang beroperasi di siang hari seperti kejadian ini.

Mengacu pistol dan kunci terpaksa diserahkan.
Satu petugas keamanan melihat kejahatan tersebut, turun dari kereta yang tertahan kerana lampu merah dan terus melepaskan tembakan. Polis tidak memberikan tembakan amaran kerana penjahat membawa senjata. Cukup dengan dua kali tembakan dan berakhirlah petualangan penjahat ini untuk mendapatkan sebuah motor cantik.

Video di bawah dirakam sendiri oleh si pemilik motor dan kejadian yang mengerikan dari ulah si
Seorang anggota keselamatan yang tersekat lampu merah
keluar mengacu pistol. Rakan subahat memecut lari.
penjahat. Penjahat dengan nama Escarante Leonardo Santos turun dari motor dan mengeluarkan senjata kaliber 38.

Seorang lelaki di belakang yang berada di samping keluar dari kereta dan terus menembak kaki penjahat. Kabarnya Santos dibawa ke hospital terdekat dan tidak diketahui nasibnya. Tindakan pihak polis menangkap penjahat dianggap sah oleh masyarakat. Dan tugas polis adalah membela masyarakat dari kekerasan di jalanan.

Dua das tembakan tepat ke kaki menjatuhkan perampas.
Cerita asalnya muncul di Liveleak - Motorcycle Thief Shot By Cop As Victim Captures Graphic Video Of Armed Robbery In Brazil.

Moral cerita: Di negara kita, kena sokong Ops Cantas Khas yang dijalankan oleh pihak PDRM bagi mengatasi masalah jenayah. Oleh itu, Kelab Menembak Gagak Daerah Klang Utara menyokong penuh Ops Cantas Khas demi keamanan, kesejahteraan dan keselamatan negara. "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku".

Sunday 13 October 2013

Uli tepung roti dengan kaki?

Sumber : Beberapa Media Online.

Jika anda ada masalah barangan, penipuan dan sebagainya, sila hubungi:

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.

Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822

Friday 11 October 2013

4 Kesakitan pada tubuh badan yang menandakan kanser

Sakit belakang.
Anda mengalami sakit belakang badan yang berterusan? Simptom-simpton selsema yang tidak hilang? Rasa sakit pada bahagian lengan anda? Kembung perut yang tidak dapat dijelaskan? Sebenarnya, kesemua empat sakit pada bahagian badan ini boleh menjadi tanda-tanda kanser.

Sakit pada belakang badan berkemungkinan kanser pankreas
Lebih 44,000 kes baru mengenai kanser pankreas telah didiagnosis pada tahun ini. Kanser pankreas adalah satu penyakit yang dianggap sebagai pembunuh senyap kerana ia biasanya pada tahap terakhir ketika dikesan. Pankreas ialah satu kelenjar yang menghasilkan asid untuk membantu anda mencerna makanan dan disebabkan ia terletak di belakang perut, menyebabkan tumor sukar untuk dikesan. Apabila tumor menghalang saluran pankreas, asid akan memberi kesan pada pankrea lantas menyebabkan sakit badan yang berlaku pada bahagian belakang.

Selsema.
Ramai orang kerap mengalami sakit yang berkaitan dengan otot belakang. Namun, jika anda mengalami sakit yang berterusan yang tidak dapat dibantu dengan ubat anti radang atau najis pucat, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor kerana berkemungkinan ia kanser pankreas. Namun begitu, kesakitan yang disebabkan oleh kanser pankreas boleh dilegakan buat sementara waktu dengan membongkokkan badan.

Selsema berterusan berkemungkinan 'lymphoma'
Lebih 75,000 kes baru 'lymphoma', yang mana merupakan salah satu kanser bahaya yang menyerang golongan wanita muda telah didiagnos pada tahun ini. 'Lymphoma' ialah kanser kelenjar limfa, yang terletak di ketiak, leher atau pangkal paha. Kanser ini akan menyerang sel-sel darah putih, satu perkara penting dalam sistem imun badan anda. Tanda-tanda 'lymphoma' sama seperti selsema dan kehilangan berat badan secara mendadak, kerap berpeluh pada waktu malam atau demam panas.

Sakit lengan.
Selain itu, gejala lain termasuk ketulan dalam tekak, hidung berdarah atau gusi berdarah. Jika gejala-gejala ini berterusan selama lebih daripada satu atau dua minggu, sila berjumpa dengan doktor sebelum terlambat.

Sakit pada bahagian lengan berkemungkinan kanser paru-paru
Lebih 200,000 kes baru mengenai kanser paru-paru, kanser pembunuh nombor satu yang telah didiagnosis pada tahun ini. Tambahan lagi, 1 daripada 5 wanita yang telah didiagnosis menghidap kanser paru-paru sebenarnya tidak pernah merokok sepanjang mereka hidup. Seperti yang kita tahu, batuk-batuk atau pernafasan yang menyakitkan menandakan kanser paru-paru, tetapi tahukah anda bahawa sakit pada lengan juga merupakan salah satu gejalanya?

Kesakitan yang tidak ada kena-mengena dengan pernafasan ini berlaku pada bahagian dalam lengan dan akan menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa. Semasa kanser ini menyerang, ia akan menghalang saluran darah dan menyebabkan kerengsaan. Anda akan mengalami kesakitan pada bahu dan leher seterusnya merebak ke bahagian lengan anda. Berbanding dengan sakit otot, kesakitan ini sama seperti artritis, ia tidak akan berkurang dengan duduk, berdiri atau menggerakkan lengan anda dengan kedudukan yang berbeza.

Perut kembung.
Perut kembung berkemungkinan kanser kolon
Kanser kolon boleh diubati jika dapat dikesan terlebih awal. Itulah sebabnya ianya sangat penting untuk anda mengetahui tanda-tandanya. Perut yang kembung dan berkaitan dengan kanser kolon sebenarnya disebabkan apabila tumor menghalang kolon, mencegah pengeluaran gas dan najis keluar dari tubuh badan melaluinya.

Seterusnya, gejala-gejala lain yang berkaitan dengan kanser kolon ialah najis berdarah, perubahan dalam bentuk najis anda dan kencing dengan kerap secara tiba-tiba. Justeru itu, jika anda mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai sejarah kanser kolon, mula jalani kolonoskopi anda secepat yang mungkin.

Sumber Izzati Husna | Tupai

Saturday 5 October 2013

7 langkah tetap cantik tanpa mekap

Pakai mekap tidak semestinya setiap hari ya, tapi kalau tanpa mekap sudah tentu tidak terlihat cantik dan segar bukan? Mekap tidak membuat banyak perubahan di wajah kita. Fungsi mekap sebenarnya hanya untuk memaksimakan kecantikan.

Kerana itu, seharusnya menggunakan mekap ataupun tanpa mekap, wajah anda tetap terlihat bersinar, cantik dan segar. Berikut ini ada beberapa tips seperti yang didapati dari Vemale, agar anda tetap segar dan cantik walau tak bermekap.

Bangun awal pagi.
Bangun Pagi

Inilah kebiasaan yang dilihat sederhana, namun sebenarnya sangat berkhasiat. Kebiasaan baik untuk bangun pagi membuat tubuh anda tetap sihat dan segar. Dan bila tubuh sihat, otomatik kulit anda pun terlihat lebih berseri dan cantik.

Mulai sekarang, mari biasakan bangun pagi, lalu lakukan senaman ringan, sehingga peredaran darah lebih lancar, tubuh segar-bugar dan kulitpun terlihat lebih segar. Cukup 15 minit senaman rutin setiap pagi. Nah, tak perlu bersusah-payah jauh-jauh ke gym bukan?

Berpakaian berwarna cerah.
Warna Cerah

Lebih suka menggunakan warna neutral? Cuba sekali-kali kenakan baju berwarna cerah, ianya akan merubah penampilan anda. Dan lihatlah, betapa anda langsung kelihatan lebih segar-bugar. Warna cerah juga membantu merubah 'mood' anda menjadi lebih baik, percayalah, wajah muram tak akan terlihat cantik.

Padatkan wajah dengan ais.
Padatkan Wajah Guna Ais

Brrrrr... Mungkin terlalu sejuk, tetapi membiasakan untuk menjaram wajah dengan ais (air batu) setiap pagi, membantu kulit untuk tampak lebih segar. Cara ini dipercayai mampu menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, serta membuat pori-pori terlihat mengecil.

Pakai anting-anting.
Pakai Anting-anting

Anda tentu sudah tahu bahawa aksesori berperanan penting dalam penampilan. Tapi tahukah anda bahawa memakai anting-anting dapat membuat wajah anda kelihatan berbeza?

Cubalah kenakan anting-anting yang disesuaikan dengan busana yang indah serta acara yang anda kunjungi, dan lihatlah bagaimana penampilan anda, seperti magis, lebih berkilau.

Jauhkan selpon ketika tidur.
Jauhkan Selpon di Malam Hari

Mengejutkan. Lighting Research Center di Rennselaer Polytechnic Institute mengemukakan hasil penelitian yang tidak terduga. Dikutip dari stylecaster, layar selpon yang berkedip mempengaruhi jumlah melatonin dalam kulit.

Semakin lama dan seringnya kulit anda terdedah, maka tahu bukan bagaimana kalau kulit kekurangan kadar melatonin? Ya benar, kusam!

Tapi penelitian ini didukung oleh beberapa penelitian lain yang menyarankan agar meletakkan selpon bukan di tempat tidur.

Sebabnya, selpon adalah penyebab terbesar saat ini untuk masalah sukar tidur. Dan sudah pasti, bila anda kurang beristirehat, kulit akan terlihat layu keesokan harinya, dan kepala menjadi pening!

Makan limau.
Makan Limau

Digelar buah dewa, ya betul, limau! Ternyata bukan hanya vitamin E saja yang diperlukan kulit, namun seperti juga bahagian tubuh yang lain, kulit pun memerlukan vitamin C yang cukup. Kerana itu, mari biasakan memakan limau ataupun buah yang kaya dengan vitamin C lain setiap hari.

Selain baik untuk kulit, vitamin C juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Tidak mudah mendapat sakit dan boleh pula tetap cantik!

Alihkan pandangan dari komputer.
20/20/20

Teknik yang mudah, tapi sepertinya juga paling susah dilakukan. Teknik 20/20/20 ini banyak disarankan oleh doktor pada pekerja pejabat yang hampir sepanjang hari bekerja di depan komputer.

20/20/20 ini bererti, luangkan 20 saat untuk mengalihkan pandangan pada benda lain selain monitor, lalu setiap 20 minit, berjalan sebanyak 20 langkah. Mudah bukan?

Cuba terapkan 7 langkah di atas menjadikan kulit lebih cantik, maka anda tak perlu bergantung mekap setiap hari untuk nampak lebih cantik. Kulitpun segar dan sihat. Yummy! Huu.. Huu..

Sumber: Infospesial.net

Wednesday 2 October 2013

Polis tembak mati tiga penjenayah kes bunuh, samun dan curi kenderaan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menunjukkan
barangan yang berjaya dirampas selepas polis berjaya
menembak mati tiga penjenayah di Jalan Intan, Grik pada
sidang media di IPD Gerik, Rabu. Turut hadir (dari kanan)
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani,
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan
Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah.
GERIK: Polis menembak mati tiga penjenayah kerana dipercayai terlibat dengan kes bunuh, samun bersenjata dan curi kenderaan dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Intan di sini, awal hari Rabu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berumur 25 hingga 34 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditahan dalam Ops Cantas, kira-kira pukul 1.40 pagi.

"Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka berhenti ketika diarahkan polis, namun suspek terus mengundurkan kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Polis kemudian membalas tembakan dan mengenai ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di sini.

Katanya hasil pemeriksaan, polis menemui dua pucuk pistol iaitu .38 di bawah paha sebelah kanan penumpang dan sepucuk pistol .22 di bawah kaki pemandu, selain peralatan memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, kumpulan ini dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu dan cubaan membunuh seorang ibu tunggal yang sedang memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dengan melepaskan tembakan, baru-baru ini.

Kereta Proton Wira yang dinaiki oleh tiga penjenayah
ketika berbalas tembakan di Jalan Intan, Gerik pada
sidang media di IPD Gerik, Perak, Rabu.
-- foto BERNAMA.
"Mereka turut terlibat dalam tiga kes samun bersenjata api dan curi kenderaan mewah. Dua daripada suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi mempunyai dua rekod kesalahan lampau," katanya.

Khalid tidak menolak kemungkinan suspek melakukan jenayah di seluruh negara dan sedang mengatur strategi untuk melakukan jenayah di kawasan Gerik.

"Penjenayah ini mereka boleh bergerak merata-rata tempat untuk menjalankan aktiviti menyamun dan mengelak daripada ditangkap. Sebab itu bila ada peluang, mereka akan lakukan jenayah," katanya.

Dengan kejayaan itu, polsi dapat menyelesaikan enam kes jenayah dan sedang mengenal pasti anggota lain terlibat dalam kumpulan itu, katanya.

Sumber BERNAMA 2/10/2013