Sunday 23 February 2014

Susu banyak lemak membuat anda lebih kurus, susu rendah lemak sebaliknya

Susu tinggi lemak boleh
mengenyangkan.
Ada saja kajian yang satu ini, membuat pendapat paradok atau melawan kenyataan yang ada. Anda suka minum susu dengan lebih banyak lemak anda malah lebih kurus. Apakah benar, itulah yang dinyatakan oleh penyelidik Sweden.

Mengambil makan berlemak akan meningkatkan berat badan. Apakah susu dengan lemak tinggi tidak baik untuk kesihatan. Itu cerita lama dari kajian di era tahun 50 - 60 an. Sekarang masyarakat salah membaca label di susu yang diperlukan.

Banyak yang berfikir meminum susu dengan jumlah 250 - 500g dapat memberikan kalsium cukup untuk tubuh. Tapi mereka lupa penggunaan susu untuk pengambilan kalsium malah meningkatkan jumlah lemak yang mereka perlukan. Penduduk Amerika contohnya mengambil susu berlebihan, kerana keperluan pengambilan kalsium yang terlalu di besar besarkan (melalui iklan media). Minum susu 250 - 500g sudah cukup memberikan nutrisi kalsium bagi badan.

Apabila kenyang, pengambilan
makanan akan berkurangan dan
badan boleh menjadi lebih kurus.
Minum susu penuh lemak membuat seseorang merasa kenyang lebih lama. Dan susu biasa tidak mempunyai bahan tambahan terlalu banyak. Asam lemak pada produk susu mempunyai kesan tambahan untuk tetapan berat badan.

Sedangkan produk susu dengan lemak rendah mempunyai kandungan lain seperti gula berbanding produk susu penuh lemak. Kebanyakan orang mengambil susu rendah lemak lebih banyak. Alih alih ingin tulang sihat dengan mengkomsumsi susu rendah lemak berkalsium, malah memberi kesan dengan meningkatkan berat badan.

Kesimpulannya, penggunaan secukupnya susu setiap hari. Bila berat badan terus naik pasti ada yang salah dikira dengan apa yang diperlukan. Minum susu lemak tinggi belum tentu mempengaruhi berat badan secara keseluruhan, dan membuat badan merasa kenyang. Asalkan meminum susu dengan kuantiti tidak berlebihan.

No comments:

Post a Comment