Wednesday 5 February 2014

Pesawat F-111 dalam formasi

F-111 sedang melakukan formasi penerbangan.
Formasi pesawat F-111 buatan General Dynamics Aardvark. Pesawat F-111 memainkan peranannya selama 30 tahun sebagai pesawat tempur jarak sederhana. Kemampuan terbang di segala cuaca, sebagai pesawat taktikal, dan pesawat pengebom strategik.

F-111 memiliki sayap dinamik, sayap lebar untuk terbang normal. Dan dilipat ke belakang untuk kecepatan tinggi. F-111 dikenal sebagai pesawat pertama yang mengabungkan teknologi enjin turbofan. Memiliki 2 enjin buatan Pratt & Whitney TF30 dengan daya dorong 17,900 lbf di setiap enjin. Kecepatannya mencapai 2.5 mach dengan jarak penerbangan sampai 2,000km. Hanya 2 negara yang pernah mengunakan pesawat ini, angkatan udara Amerika dan British.

F-111 sekarang sudah lama, dan terbang pertama kali sejak 1964 lalu diperkenalkan tahun 1967. Pesawat terakhir yang dipersarakan adalah jenis F-111C pada tahun 2010. Digantikan dengan F-15E Strike Eagle. Kekuatan sebagai pesawat pengebom strategik pula digantikan oleh B1B Lancer.

Sumber : Gizmodo
F-111 sedang melakukan pengisian minyak di udara.
F-111 dengan pelbagai jenis sistem persenjataan,
F-111 terbang membelah angkasa.
F-111 telah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2010.
F-15E Strike Eagle, pesawat tempur jarak sederhana pengganti F-111.
B1B Lancer pesawat pengebom strategik pengganti F-111.

No comments:

Post a Comment