Wednesday 3 September 2014

Selamat menghadapi UPSR 2014


Anak-anak calon UPSR 2014, sila contohi Siti Aisyah Mawardi yang telah berjaya mendapat 5A atas kesungguhannya walaupun berada di kelas tercorot!

KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

sumber:  myMetro Nov 2011

No comments:

Post a Comment