Sunday 30 March 2014

Negara yang menghalang laman media sosial secara kekal mahupun sementara

Turki baru menghalang akses ke Youtube, setelah menutup rangkaian Twitter. Tidak semua negara membuka akses media sosial. Ada yang menutup sepenuhnya, ada juga yang menutup secara sementara. Negara mana yang menghalang atau pernah menyekat laman media sosial.

China masih menyekat Facebook, Twitter dan Youtube sejak 2009. Twitter dan Facebook ditutup selepas muncul isu politik dengan suku Uighurs. Hanya di kawasan perdagangan bebas di Shanghai Zone boleh mengakses bebas laman media sosial, tetapi sebahagian besar masih disekat oleh kerajaan.

Iran menyekat Facebook, Twitter dan Youtube sejak pilihan raya presiden yang kontroversi tahun 2009. Vietnam pernah menyekat Facebook sejak September 2013. Vietnam mengesahkan undang-undang yang melarang warganya melakukan posting kandungan anti kerajaan.

Pakistan sejak September 2012 pernah menyekat Youtube, kerana masalah sebuah video dengan kandungan SARA sampai mencetuskan protes masyarakat. Sampai Mac 2014 laman Youtube masih disekat oleh kerajaan Pakistan.

Korea Utara mempunyai akses internet sangat terhad oleh kerajaan. Tentu saja media sosial dianggap tidak ada disana. Satu negara kecil Eritrea, ada 2 perkhidmatan pembekal internet disana. Tahun 2011 pernah diminta menyekat Youtube. 2 pembekal internet di Eritrea diawasi ketat oleh pihak berkuasa tempatan.

Data dari Google, Mac 2009 di Bangladesh. Akses ke Youtube disekat selama 4 hari. Kembali disekat pada tahun 2012 dan 2013 setelah muncul video anti Islam di Youtube. Libya menyekat Youtube selama 574 hari antara tahun 2010 hingga 2011. Setelah muncul video tahanan yang mati di penjara Abu Salim. Syria juga menghalang Youtube dan Facebook selama 3 tahun dan baru dibenarkan semula sejak Februari 2011.

Afghanistan menyekat YouTube untuk 113 hari antara September 2012 dan Januari 2013, selepas kebimbangan bahawa sebuah filem anti-Islam di laman itu akan mencetuskan rusuhan lagi. Berikut adalah cara Google menggambarkan larangan Afghanistan:
Tajikistan menyekat Youtube lebih dari sekali, terakhir tahun 2013 selepas kemunculan video presiden sedang menari. Afghanistan menyekat Youtube selama 113 hari antara September 2012 hingga Januari 2013.

Twitter pernah disekat di negara Algeria, Tunisia, Mesir, Cameroon dan Malawi. Negara Belarus juga pernah menyekat Twitter dan media sosial lain pada tahun 2011 untuk memadamkan protes anti kerajaan.

Di Indonesia, Youtube nyaris disekat, beruntung tidak dilakukan secara kekal oleh kerajaan Indonesia. Dan akses ke video tersebut di tutup.

Sumber : Mother Jones

No comments:

Post a Comment