Anggota tentera berceloreng penuh bersemangat menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos yang lalu. Utusan Online. |
Najib, menerusi entri terbaharunya dalam Facebook, berkata perbarisan para perajurit semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Sabtu mengingatkan beliau kepada perjuangan wira-wira terdahulu dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara.
"Jerih perih mereka, pengorbanan ahli keluarga mereka tidak akan dipersiakan.
Najib Tun Razak (tengah) bergambar kenangan bersama anggota Komando VAT69 yang terlibat dalam Op Daulat pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur tempoh hari. |
Pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka semalam, 76 pegawai dan anggota pasukan Komando VAT69 yang terbabit dalam Operasi Daulat semasa mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lepas turut membuat persembahan.
Lebih menyentuh hati, balu anggota-anggota yang terkorban dalam insiden itu tidak dapat menahan kesedihan semasa menyaksikan persembahan khas itu.
Sumber BERNAMA 1/09/2013
No comments:
Post a Comment