Pertandingan diubah dari Sentul, Pulau Jawa ke Bali. |
Upacara pembukaan dilancarkan semalam di Hotel Westin, Nusa Dua, Bali.
Pihak berkuasa berkata, semua acara kini diadakan di Bali kerana kumpulan tegar hampir tidak wujud dan penduduk pulau itu biasa dengan pemandangan pelancong asing berjemur
dengan pakaian renang nipis. “Semua acara kini diadakan di Bali hingga penutup,” kata Menteri Penyelaras bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono kepada media di sini kelmarin.
Katanya, kerajaan ‘mendengar kemahuan rakyat.’ Keputusan itu diambil dalam mesyuarat antara Laksono, Naib Presiden Indonesia, Boediono dan pegawai polis serta wakil Kementerian Pelancongan.
Cemuh Miss World
Laksono membuat ulasan itu selepas 600 orang menyertai bantahan di pulau Jawa, membawa kambing dipakai selempang ‘Miss World’ di Yogyakarta untuk mencemuh pertandingan itu. Pelajar di Surabaya pula membawa kain rentang berbunyi: “Kami sedia mati supaya pertandingan Miss World dibatalkan.”
Mereka menyertai pesuruhjaya hak asasi manusia, menteri kerajaan dan kumpulan aliran
utama Islam yang semuanya menyuarakan bantahan terhadap acara itu, ramai mempertikaikan ia mengeksploitasi wanita dan bukan eksport ‘hedonisme’ Barat.
Acara itu akan memaparkan wanita daripada 129 negara dan dianggap sesetengah pihak berkuasa termasuk gabenor Bali, I Made Mangku Pastika, sebagai promosi percuma untuk industri pelancongan Indonesia.
Forum Umat Islam menolak 'Miss World'. |
bantahan meletus dan golongan radikal menggelarnya ‘syaitan’ serta mengancam membakar tempat persembahan dan mengkritiknya kerana hanya memakai ‘coli dan seluar dalam.’
Pakai kain batik Bali
Walaupun penganjur Miss World sudah berjanji menggantikan pusingan bikini terkenal pertandingan itu dengan kain batik Bali untuk segmen fesyen tepi pantainya, ribuan penduduk berarak di jalanan minggu ini bagi mengecam keputusan mengadakan acara itu di Indonesia.
Jumaat lalu, golongan radikal membakar patung penganjur dan menggelar mereka ‘kafir.’
Pertandingan itu bermula semalam dan pusingan
berikutnya dijangka diadakan di dalam dan sekitar ibu kota ini, dengan pemenang akan dimahkotakan pada 28 September.
Kira-kira 90 peratus penduduk Indonesia daripada sejumlah 240 juta mengaku Islam. - Agensi.
Sumber BH Online 9/09/2013
http://www.missworld.com/
No comments:
Post a Comment