Saturday, 7 September 2013

Lelaki lakar 50 pagar sesat

Gambar yang disiarkan oleh Ladang Idle-Hour menunjukkan
pagar sesat bertemakan Safari Afrika yang dihasilkan oleh
Timothy Day di Troy, Ohio.
CAROLINA UTARA - Sejak beberapa bulan lalu, seorang lelaki, Timothy Day telah menghasilkan lebih 50 pagar sesat di ladang-ladang jagung di seluruh negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).

"Saya membina pagar sesat ini dengan membuat laluan-laluan di ladang jagung menggunakan jentera pembajak," kata Day.

Pagar sesat itu dihasilkan sempena sambutan perayaan Halloween di AS pada bulan depan.

Namun, musim membina pagar sesat tersebut telah bermula sejak Jun lalu.

Timothy Day sedang melakar pagar sesat.
Dia dan beberapa krunya diupah untuk menghasilkan pagar sesat dari Kanada hingga ke negeri Florida di AS.

Bagi mengelakkan dia sendiri tersesat, Day menggunakan sebuah komputer yang dilengkapi sistem pengesanan global dan pelan pagar sesat berkenaan.

Kebanyakan pagar sesat yang dibinanya berkeluasan antara 2 hingga 3 hektar tetapi Day pernah membina beberapa pagar sesat seluas 5 hektar. - AGENSI

Sumber Kosmo Online 7/09/2013

Sumber lain : Austin American Statesman |  Gazette  |  imgur  |  The Gazette  |  The Vancouver Sun  |  USA Today

No comments:

Post a Comment