SEJARAH

Menjalankan aktiviti menembak gagak anjuran Majlis Perbandaran Klang bermula tahun 2008. Ketika itu anggotanya terdiri dari Hj Abdul Ghani Aksah, Hj Adnan Samad, Hj Hashim Ahmad, Sdra. Abdul Karim Hj Ismail dan Sdra. Shamsuddin Hj Abu Abas.

Bermula tahun 2011, Hj Raja Ismail Raja Hamzah telah menyertai kumpulan ini dan tahun 2013, Ustaz Khir Ramli menyertai bersama.

Lebih kepada suka-suka dan berjumpa kawan-kawan bagi mengisi masa lapang. Antara aktivitinya yang lain adalah makan-makan di Restoran Aroma Ikan Bakar, Restoran Pantai Jeram dan Kedai Nasi Arab, Jalan Haji Siraj, Klang.

Bermula perjumpaan dengan kawan-kawan, berbual mengenai minat yang sama seperti berburu dan sebagainya, kenapa tidak ditubuhkan Kelab Menembak Gagak Daerah Klang Utara?

Idea penubuhan kelab ini hanya datang pada April 2013. Secara rasminya telah di asaskan pada 11 Mei 2013 (Sabtu).

Maka dimulakan pembinaan logo. Selepas logo siap dibina, proses seterusnya untuk dijadikan pelekat kereta dan juga sulam pada baju.

Sesiapa yang berminat menjadi ahli kelab ini, bolehlah mengisi borang penyertaan secara atas talian yang disediakan.

No comments:

Post a Comment