Beliau berkata daripada jumlah itu 68.7 peratus atau 33,545 lesen diberikan kepada kaum Melayu diikuti Cina 10,972 (22.5 peratus), India 614 (1.3 peratus) dan 3,682 atau 7.5 peratus lain-lain bangsa dan suku kaum bumiputera.
Beranikah anda mengusik seorang wanita cantik, yang sedang memegang senapang? Gambar hiasan. |
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP - Segambut) yang ingin tahu bilangan sijil kelayakan mengguna senjata api yang dikeluarkan bagi tahun 2005 sehingga 2009 mengikut negeri dan jenis bangsa dan jumlah pemilik senapang di seluruh negara sehingga April tahun ini.
Hishammuddin berkata kementerian juga akan sentiasa memantau semua lesen bagi memastikan senjata api hanya dimiliki individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan - Bernama.
Sumber Malaysiakini : 23/06/2010
No comments:
Post a Comment