Wednesday, 22 July 2015

Ikan Cencaru Sumbat

Ketika di asrama dulu, ia dinamakan ikan jaket walaupun nama sebenar cencaru. Semuanya kerana kulitnya yang keras.

Selain dimasak taucu, ia juga sedap dimasak asam pedas, masak lemak dan sebagainya.

Lebih menyelerakan jika disumbat dengan sambal atau sambal kelapa dan pasti menyelerakan. Masakan ini juga dikenali sebagai ikan belah belakang.

Bagi yang bekerja, sambal boleh disediakan lebih awal, manakala ikan disiang dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi tentu sekali mudah untuk menggoreng sebaik pulang kerja.

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan:
3 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang dan lumurkan garam dan kunyit

Inti:
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah - dibuang biji dan ditumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar- tumbuk
2 sudu pati asam jawa
gula
belacan
garam

Cara:
Kelapa parut, cili dan bawang perlu ditumbuk. Kemudian ditambah asam jawa, gula, belacan dan garam serta digaul sebati. Seterusnya barulah inti ini disumbat ke dalam perut ikan cencaru. Pastikan minyak panas dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment