|
Kawasan serangan drone. |
Sanaa 23 Ogos - Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour semalam meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) untuk membekalkan pesawat drone bagi membantu negara ini membendung ancaman kumpulan militan al-Qaeda.
"Penggunaan drone dalam usaha membendung kegiatan kumpulan militan adalah sebahagian daripada kerjasama antara Yemen dan AS.
|
Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu. |
"Saya telah berbincang isu penggunaan drone dengan semua pihak dan saya yakin tentera negara ini mampu mengendalikan pesawat itu dengan baik," katanya seperti yang dipetik agensi berita Saba.
Kira-kira 40 anggota al-Qaeda terbunuh dalam beberapa operasi ketenteraan yang dilancarkan baru-baru ini. - REUTERS
Sumber Utusan Online 23/08/2013
No comments:
Post a Comment