Thursday, 15 August 2013

Hujan halang orang ramai saksi meteor Perseid

Pancuran meteor Perseid di Stonehenge, England.
Kuala Lumpur 13 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus tidak dapat dilihat dengan jelas berikutan hujan di kawasan utara dan tengah Semenanjung awal hari ini.

Fenomena pancuran meteor Perseid ini diramalkan dapat dilihat dengan jelas pada awal tengah malam di utara tanah air ini tetapi jangkaan itu meleset disebabkan hujan.

Sementara itu, orang ramai di Melaka dan Kuala Selangor hampa apabila fenomena pancuran meteor Perseid tidak kelihatan berikutan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Guru, Mohd Aizat Yahya, 26, berkata beliau bersama tiga rakannya pulang hampa setelah menunggu hampir tiga jam sejak 11 malam bagi melihat fenomena meteor Perseid itu di puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Sebelum ini Agensi Angkasa Negara melaporkan fenomena pancuran meteor Perseid terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi yang dikatakan dapat dilihat dengan mata kasar. - BERNAMA

Sumber gambar http://news.mail.ru/inregions/volgaregion/16/society/14303919/
Bulgaria.
Nevada, Amerika Syarikat.
Myanmar.
Myanmar.
Macedonia.
Sepanyol.
Sepanyol.
Sepanyol.
Sepanyol.
Greece (Greek).
California, Amerika Syarikat.
California, Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment