![]() |
Datuk Azmi Murad. |
Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata syarikat penerbangan tambang rendah - yang enggan berpindah ke KLIA2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di KLIA2.

Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.
Azmi berkata pemindahan ke KLIA2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang.

Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.
Menurut Azmi, MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan "kami sangat berpuas hati".
Berharga RM4 bilion, beliau berkata KLIA2, yang akan mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), "bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah."

Beliau berkata AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual.
"Kita tidak boleh membandingkan KLIA2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional.

Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir, Azmi berkata kemudahan itu penting untuk penumpang -- terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak.
Ia juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.
Beliau berkata caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna. Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas, kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.
Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini.

"Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna, dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.
"Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki, itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak, kami tetap sediakan (servis jambatan udara)," katanya sambil menambah, MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.
Berita mula diterbitkan pada: April 06, 2014 13:27 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go
No comments:
Post a Comment