Setiap orang mempunyai satu matlamat yang sama dalam hidup iaitu untuk hidup bahagia. Faktor sebenar yang menghalang kita daripada mencapainya adalah diri kita sendiri. Sedar tak sedar kita terlalu mengehadkan pergerakan kita hanya kerana kita pernah melalui pengalaman buruk.
Sebagai contoh, anda pernah makan di sebuah restoran yang dicadangkan oleh rakan anda, tetapi menu yang anda pesan tidak mengenai citarasa anda. Jadi, anda mengambil keputusan untuk tidak mahu makan di restoran tersebut lagi. Nampaknya anda telah menghakimi restoran tersebut sebagai teruk. Ibarat pepatah melayu 'kerana nila setitik, habis susu sebelanga'.
Berhenti membuat perkara menjadi rumit dan jalani kehidupan seperti biasa. Lihat senarai di bawah, 20 perkara anda perlu lepaskan untuk hidup bahagia.
Pandangan orang lain
Kenapa perlu kisah tentang pandangan orang lain? Jika anda yakin dengan keputusan anda, tiada siapa boleh menghalang anda. Cuba anda fikirkan, jika anda berhenti membiarkan pendapat orang lain mengatur cara kehidupan anda, anda mampu mencapai kebahagiaan sebenar.
Kemarahan/kebencian
Kemarahan boleh memberi kesan teruk kepada diri anda secara mendalam daripada kemarahan akan timbul kebencian dan seterusnya anda menyimpan dendam. Belajar untuk memaafkan dan berdamai secara elok. Ingatlah, memaafi bukan bererti anda lemah. Ia bererti anda seorang yang kuat menentang amarah. Percayalah, kehidupan akan menjadi lebih mudah apabila anda belajar untuk menerima permohonan maaf.
Negativiti tentang bentuk badan anda
Hanya satu sahaja pendapat orang yang perlu anda ambil kisah iaitu diri anda sendiri. Jika anda selesa dengan bentuk badan anda, cara pemakanan, warna kulit, warna rambut dan sebagainya, teruskan. Jangan terlalu mengambil perhatian tentang perkara negatif yang dilontarkan. Paling penting, jangan biarkan orang lain memberitahu bahawa anda tidak cantik. Kecantikan bukan setakat pada luaran sahaja. Ia perlu mula dari dalam.
Mencari pasangan hidup yang sempurna
Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai ketidak sempurnaan. Tiada siapa di dunia ini yang dilahirkan sempurna. Belajar menerima kekurangan orang lain dan yakin bahawa ialah yang terbaik untuk anda. Bagi anda yang masih tidak mempunyai teman hidup, jangan berasa tertekan. Jodoh pasti akan datang satu hari nanti. Bersabarlah.
Kehidupan sempurna
Sama seperti tidak ada pasangan yang sempurna, tidak ada juga istilah kehidupan sempurna dalam dunia ini. Kehidupan umpana roda yang berpusing. Kadang kala kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Bersyukur dengan rezeki yang diterima dan berhenti
Berangan untuk menjadi jutawan
Terlalu ramai di antara kita yang hidup dengan angan-angan menjadi jutawan. Walaupun ia boleh menjadi satu matlamat yang realistik bagi sesetengah orang, ia bukanlah sesuatu yang boleh dicapai tanpa dedikasi dan usaha. Berhenti membiarkan wang menjadi motivasi pertama anda. Cari kerjaya yang betul-betul kena dengan jiwa anda dan gembira bekerja di situ.
Rezeki tidak akan datang bergolek
Berhenti berharap duit akan jatuh dari langit. Anda perlu keluar dari dunia fantasi dan usaha mencari kebahagiaan. Anda tidak boleh sahaja duduk dan berharap rezeki datang kepada anda. Hargailah kehidupan yang anda perolehi. Bersyukur sahaja anda masih mempunyai rumah untuk berlindung, ada lagi manusia yang hidup merempat di tepi jalan.
Alasan
Jangan buang masa memberi alasan. Anda ingin bersenam di Tasik Shah Alam tetapi anda tidak mempunyai masa? Bangun awal dan keluar sebelum matahari terik. Alasan membuatkan anda berasa anda lega, anda tidak perlu melakukannya. Anda inginkan sesuatu? Berhenti memberi alasan dan mulakan usaha.
Kenangan bersama kekasih lama
Anda tidak boleh memulakan kisah baru dalam kehidupan anda jika anda masih membawa kenangan silam bersama. Jangan terlalu memikirkan kenapa hubungan anda berakhir, Sebaliknya bangkit dan teruskan mencari teman baru. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Kedegilan & ego anda
Anda sangat mencintai seseorang tetapi anda tidak mahu tunjuk kepadanya. Sehinggakan dia pergi meninggalkan anda. Dan akhirnya anda sendiri yang kecewa dan tidak mahu lagi percaya cinta.
Sumber: Nurfarrahin Huda Izamir | Tupai.com.my
No comments:
Post a Comment