Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Kelab Menembak Gagak Daerah Klang Utara mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua rakyat Malaysia khususnya dan siapa sahaja walau di mana anda berada.

Semoga tahun 2014 memberi lebih kejayaan, keceriaan, kegembiraan, kesihatan yang baik berpanjangan, kehidupan aman damai, segala cita-cita tercapai, bertambah eratnya tali persahabatan dan diangkatkan segala rintangan.

Sekian. Terima kasih.

Ikhlas daripada,
Kelab Menembak Gagak Daerah Klang Utara.

Wednesday, 25 December 2013

Benua Antartika bila tidak dilitupi ais

Siapa yang tahu berapa besar benua Antartika. Sulit digambarkan kerana selalu tertutup ais. Tetapi ilmuan dari Nasa sudah bekerja keras dan memperkirakan daratan di sana seperti tanah alien.

Bila Antartika tidak diselimuti ais, bentuknya aneh dan gersang. Mengunakan satelit IceSat dalam menganalisa Antartika dengan mengumpulkan data ketinggian permukaan, ketebalan ais dan topografi. Menurut peneliti data daratan di Antartika, ini paling tepat. Mereka mengunakan BedMap 2 untuk pemetaan yang mencatat perubahan benua Antartika selama 10 tahun.

Di bawah ini peta daratan Antartika bila tidak dilapisi ais.


Sumber: Nasa

Sunday, 22 December 2013

Penyamaran atau 'camourflage' askar dengan alam semulajadi

Penyamaran atau 'camourflage' askar dengan alam semulajadi yang mantap. Ini menjadikan anggota tentera ini seperti 'masuk' ke dalam alam semulajadi.

Penyamaran ialah satu kaedah kripsis (mengelak dari diperhati) yang membolehkan sesuatu hidupan atau objek yang nyata menjadi tidak jelas dalam persekitarannya secara perdayaan.

Contohnya: belang harimau dan pakaian seragam tentera moden. Teori penyamaran meliputi pelbagai strategi yang digunakan untuk mencapai kesan penyamaran.

Penyamaran tentera

Teknik penyamaran tidak begitu luas penggunaannya dalam peperangan zaman silam. Tentera abad ke-18 dan ke-19 cenderung berpakaian serba segak dan berwarna-warni, dengan tujuan menggentarkan musuh, menarik rekrut, memupuk perpaduan unit, atau memudahkan pengenalpastian unit dalam kabus perang yang sering dialami di medan perang sebelum terciptanya serbuk meriam yang tidak berasap.

Angkatan bersenapang Jäger pada abad ke-18 merupakan tentera pertama yang menyesuaikan warna hijau atau kelabu yang kekusaman, sehingga dicontohi oleh kuasa tentera utama. Pada tahun 1857, akibat ramai yang korban dalam perang, tentera British di India terpaksa mencelup pakaian seragam cuaca panas mereka yang berwarna putih dengan warna-warna neutral. Mula-mulanya mereka menggunakan warna perang selut yang bernama khaki (iaitu perkataan Urdu untuk 'habuk'). Pewarnaan khaki ini sekadar langkah sementara sehingga tentera British beralih ke pakaian merah atau putih, sehingga warna khaki ditetapkan untuk khidmat tentera di India pada 1880-an. Pada tahun 1902, ketika Perang Boer Kedua, pakaian berperang "khidmat tempatan" (i.e. bukan tropika) seluruh tentera darat British diseragamkan dengan kain serj berwarna khaki yang lebih gelap. Tentera-tentera lain, seperti dari Amerika Syarikat, Rusia, Itali, dan Jerman juga mengikut jejak British dengan perpakaian serba khaki, kelabu, kelabu kebiruan atau mana-mana warna yang sesuai dengan persekitaran mereka.

Jaring-jaringan, bahan semula jadi, corak warna porak-peranda, dan cat yang bersifat inframerah, termal atau radar khas juga dipasang pada kenderaan, kapal, pesawat, pemasangan dan bangunan tentera. Contohnya, penggunaan penyamaran silau pada kapal ketika Perang Dunia I.

Sut Ghillie dipakai oleh penembak hendap dan pengesan bantuan mereka untuk meningkatkan lagi keberkesanan penyamaran, bukan sahaja menggabungkan warna, malah juga ranting, daun dan bermacam-macam dedaun untuk mengherot-benyotkan bentuk badan manusia serta menggantikan corak pakaian mereka dengan warna-warna dan bahan-bahan dari persekitaran terdekat agar sukar dikesan walaupun diperhati oleh binokular atau dari pesawat.

Hebat bukan!






 




Saturday, 14 December 2013

Foto indah dari Daniel Cheong dan Thomas Fliegner

Dubai Grand View - Latar kaki langit seluruh Dubai semasa matahari
terbenam seperti yang dilihat dari Business Bay, ketika pesat membangun.
Foto indah dari Daniel Cheong di Dubai dan tak ketinggalan Kuala Lumpur serta Thomas Fliegner ditampilkan di halaman 500px.

Daniel Cheong mengabadikan pemandangan kebanyakannya di Dubai, dan beberapa foto pada malam hari dengan latar belakang bintang.

The Burj Al Arab dan kawasan persekitarannya.
The Diamond Ring - Boulevard Cincin sekeliling Burj Khalifa
kelihatan seperti cincin berlian berkembar.
Contact - Gambaran galaksi yang diambil dari "Le Piton de la Fournaise"
gunung berapi di Pulau Reunion.
Convergence - Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.
Fishermen & Cormorants - Nelayan & Burung Dendang Air di Guilin, China.
Thomas Fliegner mengabadikan foto pemandangan lanskap, puncak gunung dan juga berlatar belakang bintang.
Amazing Matterhorn.
Paris - Sunset and Rain.
Havana, Cuba pada masa kini, dapat dilihat kesan sekatan.
Good Morning - Kurz vorm Sonnenaufgang di der Sächsischen Schweiz.
Cameron Lake di Kanada.

Tuesday, 10 December 2013

Dirgahayu DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj

Daulat Tuanku
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibn Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj,
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu)., D.K. (Kelantan)., D.K. (Perak)., D.K. (Perlis)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Kedah)., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
Sultan Dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena
Hari Keputeraan Yang Ke-68
pada
11 Disember 2013

"Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku"

Sembah Takzim daripada
Kelab Menembak Gagak
Daerah Klang Utara.

Sunday, 1 December 2013

Perkara anda perlu lepaskan untuk hidup bahagia

Setiap orang mempunyai satu matlamat yang sama dalam hidup iaitu untuk hidup bahagia. Faktor sebenar yang menghalang kita daripada mencapainya adalah diri kita sendiri. Sedar tak sedar kita terlalu mengehadkan pergerakan kita hanya kerana kita pernah melalui pengalaman buruk.

Sebagai contoh, anda pernah makan di sebuah restoran yang dicadangkan oleh rakan anda, tetapi menu yang anda pesan tidak mengenai citarasa anda. Jadi, anda mengambil keputusan untuk tidak mahu makan di restoran tersebut lagi. Nampaknya anda telah menghakimi restoran tersebut sebagai teruk. Ibarat pepatah melayu 'kerana nila setitik, habis susu sebelanga'.

Berhenti membuat perkara menjadi rumit dan jalani kehidupan seperti biasa. Lihat senarai di bawah, 20 perkara anda perlu lepaskan untuk hidup bahagia.

Pandangan orang lain
Kenapa perlu kisah tentang pandangan orang lain? Jika anda yakin dengan keputusan anda, tiada siapa boleh menghalang anda. Cuba anda fikirkan, jika anda berhenti membiarkan pendapat orang lain mengatur cara kehidupan anda, anda mampu mencapai kebahagiaan sebenar.

Kemarahan/kebencian
Kemarahan boleh memberi kesan teruk kepada diri anda secara mendalam daripada kemarahan akan timbul kebencian dan seterusnya anda menyimpan dendam. Belajar untuk memaafkan dan berdamai secara elok. Ingatlah, memaafi bukan bererti anda lemah. Ia bererti anda seorang yang kuat menentang amarah. Percayalah, kehidupan akan menjadi lebih mudah apabila anda belajar untuk menerima permohonan maaf.

Negativiti tentang bentuk badan anda
Hanya satu sahaja pendapat orang yang perlu anda ambil kisah iaitu diri anda sendiri. Jika anda selesa dengan bentuk badan anda, cara pemakanan, warna kulit, warna rambut dan sebagainya, teruskan. Jangan terlalu mengambil perhatian tentang perkara negatif yang dilontarkan. Paling penting, jangan biarkan orang lain memberitahu bahawa anda tidak cantik. Kecantikan bukan setakat pada luaran sahaja. Ia perlu mula dari dalam.

Mencari pasangan hidup yang sempurna
Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai ketidak sempurnaan. Tiada siapa di dunia ini yang dilahirkan sempurna. Belajar menerima kekurangan orang lain dan yakin bahawa ialah yang terbaik untuk anda. Bagi anda yang masih tidak mempunyai teman hidup, jangan berasa tertekan. Jodoh pasti akan datang satu hari nanti. Bersabarlah.

Kehidupan sempurna
Sama seperti tidak ada pasangan yang sempurna, tidak ada juga istilah kehidupan sempurna dalam dunia ini. Kehidupan umpana roda yang berpusing. Kadang kala kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Bersyukur dengan rezeki yang diterima dan berhenti

Berangan untuk menjadi jutawan
Terlalu ramai di antara kita yang hidup dengan angan-angan menjadi jutawan. Walaupun ia boleh menjadi satu matlamat yang realistik bagi sesetengah orang, ia bukanlah sesuatu yang boleh dicapai tanpa dedikasi dan usaha. Berhenti membiarkan wang menjadi motivasi pertama anda. Cari kerjaya yang betul-betul kena dengan jiwa anda dan gembira bekerja di situ.

Rezeki tidak akan datang bergolek
Berhenti berharap duit akan jatuh dari langit. Anda perlu keluar dari dunia fantasi dan usaha mencari kebahagiaan. Anda tidak boleh sahaja duduk dan berharap rezeki datang kepada anda. Hargailah kehidupan yang anda perolehi. Bersyukur sahaja anda masih mempunyai rumah untuk berlindung, ada lagi manusia yang hidup merempat di tepi jalan.

Alasan
Jangan buang masa memberi alasan. Anda ingin bersenam di Tasik Shah Alam tetapi anda tidak mempunyai masa? Bangun awal dan keluar sebelum matahari terik. Alasan membuatkan anda berasa anda lega, anda tidak perlu melakukannya. Anda inginkan sesuatu? Berhenti memberi alasan dan mulakan usaha.

Kenangan bersama kekasih lama
Anda tidak boleh memulakan kisah baru dalam kehidupan anda jika anda masih membawa kenangan silam bersama. Jangan terlalu memikirkan kenapa hubungan anda berakhir, Sebaliknya bangkit dan teruskan mencari teman baru. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Kedegilan & ego anda
Anda sangat mencintai seseorang tetapi anda tidak mahu tunjuk kepadanya. Sehinggakan dia pergi meninggalkan anda. Dan akhirnya anda sendiri yang kecewa dan tidak mahu lagi percaya cinta.

Sumber: Nurfarrahin Huda Izamir | Tupai.com.my