Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berumur 25 hingga 34 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditahan dalam Ops Cantas, kira-kira pukul 1.40 pagi.
"Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka berhenti ketika diarahkan polis, namun suspek terus mengundurkan kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
"Polis kemudian membalas tembakan dan mengenai ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di sini.
Katanya hasil pemeriksaan, polis menemui dua pucuk pistol iaitu .38 di bawah paha sebelah kanan penumpang dan sepucuk pistol .22 di bawah kaki pemandu, selain peralatan memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati, kumpulan ini dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu dan cubaan membunuh seorang ibu tunggal yang sedang memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dengan melepaskan tembakan, baru-baru ini.
Kereta Proton Wira yang dinaiki oleh tiga penjenayah ketika berbalas tembakan di Jalan Intan, Gerik pada sidang media di IPD Gerik, Perak, Rabu. -- foto BERNAMA. |
Khalid tidak menolak kemungkinan suspek melakukan jenayah di seluruh negara dan sedang mengatur strategi untuk melakukan jenayah di kawasan Gerik.
"Penjenayah ini mereka boleh bergerak merata-rata tempat untuk menjalankan aktiviti menyamun dan mengelak daripada ditangkap. Sebab itu bila ada peluang, mereka akan lakukan jenayah," katanya.
Dengan kejayaan itu, polsi dapat menyelesaikan enam kes jenayah dan sedang mengenal pasti anggota lain terlibat dalam kumpulan itu, katanya.
Sumber BERNAMA 2/10/2013
No comments:
Post a Comment