Permohonan Menukar Hak Milik Senapang Patah
Permohonan menukar hak milik senapang patah daripada bapa/ibu kepada anak melalui dua (2) kaedah berikut:-
- Pindah Milik Senapang Patah Semasa Hayat
- Pindah Milik Senapang Patah Melalui Probet
Maklumat dan Syarat Umum
Pekeliling No. 36/2005 menyebut pindah milik senapang patah hanya dibenarkan secara probet kepada anak lelaki atau anak perempuan. Namun begitu mengikut Surat Pekeliling N0. 49/2006, pindah milik senapang patah semasa hayat dibenarkan sekiranya pemilik;
i. | mencapai umur 65 tahun, atau |
ii. | disahkan tidak sihat oleh Pegawai Kesihatan daripada Hospital atau Klinik Kerajaan, atau |
iii. | hilang keupayaan (incapacitated) untuk menggunakan senapang patah |
Syarat-syarat Permohonan
i. | Pindah milik senapang patah hanya daripada ayah/ibu kepada anak lelaki/anak perempuan sahaja; |
ii. | Anak lelaki/perempuan telah disahkan sihat untuk menggunakan senapang patah oleh Pegawai Perubatan daripada Hospital atau Klinik Kerajaan; |
iii. | Senapang patah berkenaan masih selamat untuk digunakan (disahkan oleh Polis DiRaja Malaysia); dan |
iv. | Syarat kegunaan senapang patah berkenaan hendaklah kekal seperti syarat kegunaan asal. |
Cara Memohon
Pemohon dan pemilik senapang patah atau pemegang Surat Kuasa Pentadbir (jika melalui probet) perlu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah serta membawa dokumen-dokumen seperti berikut:-
- Dua keping gambar pemohon berukuran passport
- Salinan Lesen senapang patah
- Senapang Patah (jika berkenaan untuk diperiksa oleh pihak Polis
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pemilik senapang patah atau pemegang Surat Kuasa Pentadbir
- Surat Kuasa Pentadbir jika permohonan dibuat melalui probet
- Sijil Kelahiran asal pemohon
- Surat persetujuan daripada pemilik senapang patah / pemegang Surat Kuasa Pentadbir
- Bayaran proses permohonan sebanyak RM2.00
- Dokumen lain yang dapat membuktikan tali persaudaraan di antara pemohon dengan pemilik senapang atau pemegang Surat Kuasa Pentadbir, sekiranya permohonan dari bapa kepada anak.
- Salinan geran tanah sekiranya tujuan pemilikan senapang patah untuk kegunaan pertanian
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Tempoh Permohonan
Minimum satu setengah (1 1/2) tahun.
Nota: Kuasa bagi meluluskan pindahmilik senapang patah adalah di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara
Rujuk juga : Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri